Tuesday, December 01, 2015

Politik Akuan Bersumpah Kembali Lagi!!!

statutory-declaration
Kita semua faham, ada usaha dari pembangkang nak membabitkan pemimpin utama kerajaan dalam satu kes kejadian bunuh berprofil tinggi baru-baru ini, melalui surat akuan bersumpah yang dikeluarkan sanak saudara yang berkenaan.

Yang berkenaan juga memang tak sebut namalah tapi dari respon balaci pembangkang dan media mereka yang memanjangkan isu tersebut, nampak memang nak menuduh pemimpin kerajaan terlibatlah tu.  Ini semua kita faham sangatlah tujuannya, permainan persepsi yang biasa pembangkang guna.

Penulis bagaimanapun taknak ulas panjang-panjang memandangkan kes tersebut sudah menjadi kes polis sekarang, takut disalah anggap menghasut pulak.

Cuma apa yang penulis nak katakan, ini kali kedua cubaan seumpamanya dibuat.  Kali pertama dulu bila Perdana Menteri didakwa terlibat dengan pembunuhan Altantunya hanya dengan menggunakan surat akuan bersumpah jugak.

Malaysia ni mungkin satu-satunya negara dimana nak kait orang dengan konspirasi dan dakwaan membunuh, cukup dengan hanya guna surat pengakuan bersumpah.  Akan datang ini, mungkin ada membabitkan ‘initial’ pada dokumen dan USB drive pulak, cukuplah tu.

CSI kat Malaysia ni cukup senang kerjalah kalau betul amalan semacam di atas berleluasa, tak payah DNA, tak payah senjata pembunuhan, tak payah saksi, tak payah bukti, pakai akuan bersumpah  cukup.

Justeru, kerajaan perlu cari jalan bagaimana nak menghentikan akuan bersumpah ini dari terus disalahgunakan. Jangan setakat ambik tindakan pada yang buat saja, Pesuruhjaya Sumpah yang terima akuan bersumpah macam ini pun patut dipertanggungjawabkan sebelum tanda tangan akuan tersebut.

Rakyat tak boleh dibodoh-bodohkan dengan politik yang macam ini lagi sebab ia akan hanya menjadikan kita bahan ketawa orang dalam dunia.  Patut yang dipancarkan keluar ialah kebijakan dan kematangan rakyat kita, bukan kebodohan segelintir orang kita.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment