Tuesday, December 01, 2015

Kongres PKR : Terserlah Masalah Sebenarnya Ialah Mereka Sendiri

banner-azmin-600x360
Kongres PKR berakhir sebentar tadi.  Bila dia (Kongres)  mula, bila dia habis, kurang sikit publisiti, mungkin sebab pemilihan tangguh 6 bulan.  Pemilihan PKR paling dinanti dalam Malaysia ini sebab itulah masalahnya nak tengok proses paling demokratik dalam dunia – siap ada orang tanda kertas undi bagi pihak orang lain, calon yang nampak mengancam digugurkan keahlian dan sebagainya.

Tak cerita kerusi terbang, bertumbuk sesama sendiri dan ‘kemeriahan’ yang lain lagi.

Apa pun, penulis tertarik dengan kenyataan syok sendiri perwakilan PKR dalam Kongres yang ini.  Dalam banyak-banyak, satu yang paling mencuit hati ialah kenyataan seorang perwakilan nama Md Fakhrurazi Md Rashid, kononnya BN sekarang sedang tenat dan PKR pulak sedang kejang – maksud dia, BN tengah parah sangatlah ni tunggu nak mati, PKR, sekalipun ada masalah, tapi umpamanya hanya sakit-sakit kaki.

Budak ini atau siapa pun bapak dia, mungkin hidup dalam fantasi agaknya sehingga buat kenyataan macam itu.  Dengan apa cara BN tenat bila kita dihidang macam-macam masalah berkaitan PKR mutakhir ini?

Antara lain di Sabah, bila ADUN PKR dan DAP, seorang pun tak berani nak membantah usul melarang Nurul Izzah dari memasuki negeri itu kerana kantoi berjumpa, bergambar dan beriang ria makan bersama-sama Puteri Kiram.  Semua playsafe, sama ada keluar dewan, tak hadir atau berkeculi, membantah tidak berani.

Di Pulau Pinang, PKR terbahagi dua, satu yang pro Timbalan Ketua Menteri, Rashid Hasnon dan satu lagi pro ADUN Bukit  Tengah, Ong Chin Wen.  Dalam masa yang sama, seorang ADUN DAP dari Tanjung Bungah, menyokong usul yang dibawa ADUN BN – tapi ini masalah DAP, kira sama jugaklah tu.

Selangor tempat PKR menguasai kerajaan pun ada masalah juga, cacamarba.  Tempat lain Pakatan Rakyat hapus, PKR tak lagi kerjasama dengan PAS dan Pakatan Harapan ganti, tapi di Selangor, status celaru.  PAS masih ada dalam Exco, PAS masih menduduki kerusi Ahli Majlis dan Azmin pun tak tahu nak buat apa dalam perkara ni, kena tunggu PRU14 baru nak struktur semula.

BN yang dikatakan tenat ini sedang berjaya menyelesaikan isu hutang 1MDB.  Edra yang dijual kepada syarikat China, CGN, mengurangkan hutang 1MDB sebanyak hampir RM 18 billion dari RM 42 billion yang dikatakan PKR serta sekutunya, Tun Mahathir sebagai hilang.  Sebetulnya, selesai tak selesai hutang ini bukan isu, tak siapa di kalangan rakyat Malaysia yang terjejas pun, kecuali yang ada kepentingan kroni macam Mahathir.

Dan kejayaan-kejayaan lain terutama mencatat perkembangan positif dalam sektor ekonomi dan hubungan baik luar negara – Obama saja 2 kali datang tahun ini.

Jelas disitu, PKR sebetulnya sedang menghadapi delusi.  Walaupun kenyataan seorang ini mungkin tidak menggambarkan keseluruhan parti tapi mengenali sesiapa yang menyokong PKR hari ni, memang itulah pemahaman mereka.  Semua orang tak baik, mereka saja yang sempurna sehingga segala macam kacau bilau pun masih dikatakan elok lagi.

P Ramlee cakap, boleh jalanlah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment