Tuesday, December 01, 2015

Muhyiddin Perlu Belajar “Hitung Dosa Sendiri Sebelum Diperhitungkan”…

muhyiddin-yassin
                                                             

Kita semua tertarik dengan kenyataan retorik politik bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan beliau tidak mahu menanggung dosa berkenaan sumbangan dana politik RM2.6 bilion dan isu 1MDB yang diluahkan menerusi media, semalam.

Sebagai umat Islam, kita semua hormat kenyataan ‘tulus suci’ dari Timbalan Presiden UMNO itu. Maklumlah, beliau adalah seorang anak ulama’ besar yang menurut jejak langkah ‘maksum’ salam seorang bekas Presiden UMNO yang tersohor di seluruh cakrawala…

Cuma, kita tertanya-tanya apakah berdosa dari sudut agama Islam sekiranya seseorang atau sesebuah kumpulan itu menerima dana atau sumbangan dari pihak tertentu? Apakah Muhyiddin pasti bahawa 1MDB itu akan memberi dosa pada beliau?

Sebelum ini, sudah berbuih mulut dijelaskan tentang RM2.6 bilion dan 1MDB itu. Sudah dijelaskan bahawa dua isu berkenaan tiada kena mengena antara satu sama lain. Kita semua sudah ‘boring’ untuk menjelaskan pada Muhyiddin yang sudah dijelaskan berkali-kali mengenainya.
timur tengah
                                                 

Namun, sudah dijelaskan bahawa RM2.6 bilion itu adalah berkenaan hal ehwal dalaman UMNO. Tapi mengapa Muhyiddin bising-bising diluar secara terbuka kepada media?

Mustahil sangat Muhyiddin tidak tahu peraturan parti. Atau Muhyiddin sendiri mempunyai agenda politik dengan tindakan mempersoal hal itu secara terbuka?

Pada pandangan kita dulu, sudah cukup baik Muhyiddin tidak dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO. Jika di zaman bekas Presiden UMNO yang terkenal dengan gelaran ‘diktator’ itu dulu, jangan haraplah beliau beri muka. Silap-silap jawatan Ketua Bahagian pun ‘terbang’…

Berkenaan 1MDB, siasatan sedang berjalan. Bagaimana hendak tahu siapa yang salah dan siapa yang benar? Presiden UMNO sendiri sudah tegaskan bahawa beliau tidak akan melepaskan sesiapa saja yang bersalah sekiranya wujud penyelewengan, bukan? Apa lagi yang Muhyiddin tidak puas hati? Tidak boleh tunggu siasatan selesai?

Kita semua yakin sebenarnya, Muhyiddin sebenarnya boleh bertanya Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak secara tertutup, berdepan, ’empat mata’ dan berterus-terang antara satu sama lain. Beliau boleh memilih kaedah yang lebih baik dan harmoni tanpa dapat dihidu oleh sesiapa pun.

Kita juga yakin bahawa Najib tiada masalah untuk menjelaskan segalanya ketika ‘air sedang jernih’ dulu. Namun apabila ‘air sudah jadi keruh’ begini, dengan sikap dan agenda Muhyiddin yag sudah nampak ‘belang’nya, rasanya sudah tidak berguna lagi, bukan?
anwar-ibrahim-mata-lebam
                            
Secara politiknya, kita melihat Muhyiddin seolah-olah cuba ‘mencantas’ Presiden UMNO dengan melemparkan persepsi negatif. Mungkin beliau yakin dengan gerakan tersebut dan sokongan dari bekas Presiden yang berpengaruh mampu merampas jawatan Presiden dari Najib.

Mungkin nampaknya ‘perang dalaman UMNO’ itu sudah tidak dapat disembunyikan lagi. 

Namun kita menyarankan kepada Muhyiddin, tidak perlulah terlalu berlagak ‘suci’. Apakah Muhyiddin yakin beliau ‘maksum’ seperti bekas Presiden UMNO itu juga?

Kita menyarankan Muhyiddin supaya duduk depan cermin. Suluh dirinya sendiri. Renung dalam-dalam. Apakah benar beliau ‘maksum’ dari sebarang dosa? Benar-benar ‘maksum’? Tiada sebarang ‘dosa’ ketika memegang jawatan kerajaan negeri dan kerajaan pusat? Muktamad?

Pada pandangan kita semua, sekiranya Muhyiddin berkata ‘tiada’ pada dirinya, maka mungkin beliau sudah mencapai tahap mengidap penyakit ‘Melayu mudah lupa’ sebagaimana yang dikatakan sedang dihidap oleh seorang bekas Perdana Menteri di usia senjanya…

Cuma, kita ingin mengingatkan Muhyiddin bahawa mungkin sekarang beliau ‘bergumbira’ menyerang Najib dan terlupa bahawa ‘roda itu berputar’ yang memungkinkan serangan balas bertali arus yang memungkinkan beliau tidak mampu keluar rumah akibat terlalu malu.

Muhyiddin juga perlu berwaspada dengan serangan balas pihak-pihak tertentu yang bila-bila masa saja memungkinkan beliau menjadi ‘jiran’ seorang bekas Timbalan Presiden UMNO sekiranya ‘dosa-dosa’ beliau (yang mungkin ada), dibuktikan satu persatu.
midin-dosa
                                             

Apakah Muhyiddin terlupa bahawa Najib itu juga seperti beliau juga yang merupakan anak didik seorang ‘diktator’ yang pernah menyumbat Timbalannya ke Sungai Buloh suatu ketika dahulu? Cuma mungkin Muhyiddin bernasib baik kerana penulis difahamkan Najib tidaklah sekejam itu…

Kita semua yakin Muhyiddin tidak takut sekiranya beliau dipecat atau dikenakan tindakan disiplin. Cuma selaku seorang yang digembar-gemburkan sebagai ‘tulus suci’, kita tidak dapat bayangkan jika ‘dosa-dosa yang memalukan’ beliau diceritakan satu persatu. Mana hendak letak muka?

Justeru itu, jika mahukan jawatan Presiden UMNO, rebutlah secara sihat. Bukan dengan menjejaskan imej Najib dengan dakwaan yang tidak pasti. Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih. Sekurang-kurangnya ‘selamat’ juga jawatan Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian di Pagoh itu, bukan?

Cuma pada pandangan kita, jika beginilah sikap Muhyiddin yang sebenar, maka beliau telah memberikan contoh yang tidak baik kepada semua ahli UMNO di seluruh negara. Cubalah bermuhasabah diri dan tanya sedalam-dalamnya, apakah ikhlas segala tindak-tanduk terhadap Najib itu? Belajarlah untuk ikhlas demi UMNO…

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment