Tuesday, December 01, 2015
Anwar Akan Bebas Dari Penjara Selepas Obama Marah Najib?
Betulkah Obama mendesak Perdana Menteri DS Najib Razak agar membebaskan
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dari penjara? Betulkah Najib juga
didesak supaya melupuskan hukuman yang dikenakan terhadap Anwar?
Portal yang terkenal dengan fitnah serta sering putarbelit kenyataan
pemimpin negara, Malaysiakini, melaporkan berita berkenaan yang tidak
diketahui dari mana sumbernya.
Menurut portal berkenaan, Obama mendesak Najib membebaskan Anwar atas
dasar kemanusian. Anwar didakwa sangat tidak sihat dan sangat sakit
ketika berada didalam penjara. Maka Obama dikatakan beranggapan sangat
tidak wajar Anwar diperlakukan seperti seorang banduan.
Selain itu, portal berkenaan juga melaporkan bahawa Kerajaan Amerika
Syarikat memutuskan yang perbicaraan Anwar tidak berjalan dengan adil
kerana dipengaruhi campurtangan politik.
Ini mengakibatkan keputusan perbicaraan tersebut tak boleh digunapakai serta perlu diketepikan serta merta.
Anwar juga dikelaskan sebagai banduan politik, dan bukannya banduan
biasa yang perlu menjalani hukuman sama seperti banduan yang melakukan
kesalahan sivil yang lain.
Inilah yang dilaporkan oleh portal pembangkang berkenaan. Walau
demikian, rakyat Malaysia sudah sedia maklum dengan perangai kaki wayang
Anwar yang selalu berpura-pura sakit demi meraih simpati.
Dan rakyat Malaysia juga sedia maklum bahawa Anwar didapati bersalah
kerana meliwat pembantu peribadinya, bukannya salah guna kuasa atau
menyeleweng kepentingan politik sehingga membolehkan dia dianggap
sebagai banduan politik.
Liwat adalah satu kesalahan sivil dan Anwar memang layak berada
dipenjara bersama perogol, peragut, penyamun serta ramai lagi orang
jahat yang ditangkap oleh pihak berkuasa.
Persoalannya sekarang, benarkah Obama dan Kerajaan Amerika ada mendesak
Najib supaya membebaskan Anwar? Ataupun ianya sekadar rekaan fantasi
dari portal pembangkang berkenaan untuk menipu rakyat Malaysia?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment