Tuesday, December 01, 2015

Wan Azizah Sokong Azmin Tolak Pakatan Harapan?

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menafikan dakwaan mengenai dirinya yang tidak bersetuju dengan Timbalannya Mohamed Azmin Ali tidak mengiktirafkan Selangor sebagai kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Wan Azizah, beliau tidak sama sekali membantah keputusan Azmin untuk tidak mengiktiraf Selangor sebagai kerajaan PH dan mahu mengekalkan Pas di negeri itu kerana PH memerlukan Pas untuk menumbangkan Barisan Nasioal (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Wan Azizah berkata, dakwaan mengatakan dirinya mahu mengusir Pas daripada kerajaan negeri Selangor kerana mengikut perintah DAP yang telah memutuskan hubungan dengan parti Islam itu adalah permainan blogger-blogger yang mahu merosakkan hubungan antara parti pembangkang.

"Semalam Azmin sudah mengatakan bahawa pakatan pembangkang perlu bersatu dalam usaha untuk menjatuhkan BN. Saya setuju.

"Blogger-blogger ini mengambil upah, jadi kita tidak boleh dengar apa yang mereka katakan sebagai fakta," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Dengan kenyataan ini benarlah Wan Azizah tidak mengikut kehendak parti 'abang besar' DAP yang mahu Selangor diiktiraf sebagai kerajaan PH kerana DAP telah bersusah payah memecah-belahkan Pas sehingga menubuhkan parti baharu Amanah yang diketuai oleh Mohamed Sabu.

Jadi, adakah DAP akan memutuskan hubungan dengan PKR kerana rakan sekutu DAP itu tidak mahu mengikut jejak langkah mereka untuk mengiktirafkan kerajaan negeri yang ditadbir sebagai kerajaan PH??

Rasanya, PKR perlu bersiap sedia dengan serangan yang bakal dibuat DAP kerana tidak mengikut kemahuan mereka sepertimana yang mereka lakukan terhadap Pas sehingga parti Islam itu berpecah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment