Tuesday, December 01, 2015

PAS Jadi Agen ISIS Di Malaysia.. - Mat Sabu

Presiden Pas Mohamad Sabu hari ini menuduh Pas membawa fahaman Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di negara ini dan disebabkan itu juga beliau menubuhkan sebuah parti Islam baharu Amanah Negara.

Menurut Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, beliau tidak lagi mahu bersengkokol dengan Pas mengenai perkara itu dan bertindak keluar dari parti Islam itu bersama rakan-rakan yang lain dengan menubuhkan sebuah parti Islam yang baharu.

Dalam masa saya, Mat Sabu meminta Polis DIraja Malaysia (PDRM) dari cawangan khas (SB) supaya melakukan siasatan terhadap parti Islam itu yang menjadi dalang penyebaran fahaman Isis di negara ini.

"Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia," kata Mat Sabu.

Selain itu, Mat Sabu turut mempersoal PDRM kerana tidak dapat melihat fahaman yang dibawa oleh pemimpin Pas yang secara terang-terang menyebarkan fahaman ISIS di negara ini selapas Pas membuat tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan dengan parti Islam itu.

"Adakah polis Malaysia tidak dapat mengesan perkara ini atau ada konspirasi bersama?? Adakah fahaman ini masuk begitu saja atau badan lain menyusunnya," soalnya.

Amboi....sampai macam tu sekali Mat Sabu tuduh Pas... betul ke Pas membawa fahaman ISIS di negara ini??? Rasanya ini satu pergerakan yang dirancang oleh 'abang besar' untuk memburukkan lagi imej Pas yang sudah tercalar.

Kalau dah tak sekepala dengan Pas janganlah sampai menuduh sampai macam tu sekali... jangan disebabkan imbuhan gelap Mat Sabu sampai gelap hati menuduh parti Islam yang menegakkan Islam di negara ini sebagai sebuah parti pengganas.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment