Tuesday, December 01, 2015
PAS Ketawa Besar Bila AMANAH Mahu Tawan Sarawak
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan parti
Amanah Negara (Amanah) yang mahu menawan kerusi di Sarawak sebagai
bermimpi di siang hari kerana mahu menawan negeri itu dalam Pilihan Raya
Negeri (PRN) Sarawak..
Tuan Ibrahim menegaskan Amanah tidak perlu bermimpi untuk mendapat
tempat di Sarawak kerana parti itu baru sahaja ditubuhkan dan mustahil
untuk mendapat tempat di hati rakyat Sarawak.
Jelas Tuan Ibrahim, walaupun parti seperti PKR, DAP dan Pas telah lama
ditubuhkan, namun ketiga-tiga parti pembangkang ini sukar mendapat
tempat di hati rakyat Sarawak.
Oleh demikian, Tuan Ibrahim berkata Pas akan melihat mampukah Presiden
Amanah Mohamad Sabu melahirkan 'anak sulung' di Sarawak yang
diidamkannya.
"Kita tengok mengandung ke tidak.... Kita turun ke Sarawak dan PKR, DAP
dan Pas sudah bertanding banyak kali di Sarawak dan bukan mudah bagi
satu parti baru untuk menang. Bagaimanapun bagi Pas kita akan bertanding
kerusi-kerusi yang akan buat keputusan kelak," kata Tuan Ibrahim.
Tambah Tuan Ibrahim, lagipun DAP telah mengumumkan akan bertanding 30
kerusi di Sarawak dan ia sebagai satu signal bagi rakan sekutu mereka
bahawa DAP mahu menguasai Sarawak.
Jadi, mustahil untuk rakan sekutu DAP untuk bertanding di kerusi Sarawak
kerana DAP terlebih dahulu memutuskan keputusan untuk bertanding
sebelum mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan dalam gabungan parti
pembangkang
"DAP sudah istiharkan bertanding 30 kerusi... Bagi kami kita akan tengok
Sarawak ini sebagai contoh sejauh mana DAP boleh menghormati
parti-parti lain," katanya.
Betul juga apa yang dikatakan Tuan Ibrahim mengenai hasrat Amanah untuk
menawan kerusi di Sarawak... Sedangkan PKR, DAP dan Pas yang mempunyai
penyokong dan pengaruh kuat pun tidak mampu menawan Sarawak... Inikan
pula Amanah yang tah apa tujuan parti itu ditubuhkan.
Rasanya, Amanah tak payahlah nak bermimpi untuk menawan Sarawak, kerana
di kerusi di semenanjung terutamanya di kubu kuat DAP pun belum tentu
Amanah dapat memenangi kerusi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment