Tuesday, December 01, 2015
Ustazah Mashitah Bakal Dikenakan Tindakan Kerana Menghasut?
Menjawab pertanyaan dari Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) yang
bertanyakan perihal apakah hasil hiasatan terhadap menyiasat bekas
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim,
dan tindakan yang telah diambil, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan ianya sudah selesai.
Didalam satu kenyataan bertulis, Zahid yang juga Timbalan Perdana
Menteri memaklumkan bahawa pihak polis telah selesai menyiasat Mashitah
berhubung kenyataan kontroversi beliau mengenai isu al-Quran dibakar
oleh komuniti Cina Kuala Kedah.
Selain itu, hasil siasatan dan juga perkara berkenaan juga sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
"Pihak polis memandang serius perkara yang ditakrifkan sebagai
menghasut terutamanya yang melibatkan sensitiviti perkauman dan agama
tanpa mengira kedudukan seseorang yang mengeluarkan pernyataan tersebut.
"Berhubung dengan kenyataan dikeluarkan Datuk Dr Mashitah ibrahim yang
menyatakan komuniti Cina di Kuala Kedah telah membakar al-Quran,
pelbagai pihak tampil membantah dan siasatan telah dijalankan dibawah
report 20032/2015 bertarikh 5 Disember 2014 di bawah seksyen 505 (b)
Kanun keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan, yang
mendatangkan khianat awan siasatan telah lengkap dan telah dirujuk ke
Pejabat Peguam Negara pada 5 Februari 2015 dan menunggu arahan
selanjutnya," katanya.
Terdahulu, Mashitah dalam Perhimpunan Agung Umno 2014 telah mengeluarkan
kenyataan bahawa komuniti Cina di Kuala Kedah telah membakar al-Quran
bagi upacara keagamaan sehingga menimbulkan kontroversi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment