Tuesday, December 01, 2015
UMNO Harus Dikukuhkan Walaupun Pemimpin Berbeza Pandangan.. - TPM
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada
perubahan kedudukan kerusi dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 yang
dijadualkan berlangsung 8 Disember ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kedudukan susun atur
kerusi kepimpinan Umno berikutan situasi tegang yang melanda kepimpinan
parti.
Jelas Zahid kerusi Timbalan Presiden akan kekal bersebelahan kerusi Presiden parti walaupun kedua-dua pemimpin berbeza pendapat.
Tambah Zahid, walaupun pemimpin Umno berbeza pendapat tetapi dalam
perjuangan parti mereka akan duduk sebaris memperkukuhkan dasar
perjuangan parti.
"Timbalan presiden mesti didudukkan di sebelah kanan presiden. Naib
presiden satu mesti didudukkan di sebalah kanan timbalan presiden begitu
juga naib-naib presiden lain.
"Apapun yang penting ialah kebersamaan mendukung kepimpinan. Perbezaan
pendapat biarpun diraikan, akhirnya Umno diperkukuhkan... pemimpin itu
hendaklah diberi sokongan sepenuhnya," tegas Zahid.
Dengan jawapan dari Zahid berhubung kedudukan kerusi pemimpin parti
dapat menutup dakwaan bahawa kedudukan kerusi pemimpin parti dalam PAU
akan berubah ekoran situasi semasa yang melanda.
Walaupun berbeza pendapat, tidak semestinya kita perlu mengubah
kedudukan kerusi, sebaliknya apa yang perlu ialah walaupun berlainan
pendapat tetapi tetap duduk sebaris dengan rakan seperjuangan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment