Tuesday, December 01, 2015
Guan Eng Gagal Sahut Cabaran, Terus Selesa Sembunyi Di Belakang Kain Bapanya
KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang
ternyata tidak berani menyahut cabaran Naib Presiden Parti Cinta
Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan agar bertanding di dalam pemilihan Dap
Negeri Pulau Pinang semalam jelas memperlihatkan bahawa beliau
sebenarnya tidak mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan akar umbi Dap,
demikian menurut Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.
Menurut Ismail, Guan Eng sebenarnya hanya bergantung dan berlindung
di belakang kain pengaruh bapanya, Lim Kit Siang untuk menjawat jawatan
penting di dalam Dap dan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan bukan
disebabkan populariti dan pengaruhnya di peringkat akar umbi.
“Dalam Dap semua orang tahu bahawa keluarga Lim sememangnya mempunyai
pengaruh dan kuasa dalam parti tersebut. Apabila di sebut parti Dap,
apa yang terbayang di pemikiran kita ialah dua wajah anak beranak ini.
“Ketika beliau dilantik
menjadi Setiausaha Agung Dap pun, beliau hanya mendapat undi kelima
yang tertinggi di dalam pemilihan jawatankuasa Dap pusat. Ada empat
orang lagi ahli Dap yang mendapat undi lebih tinggi daripada beliau,
tetapi tidak dilantik.
“Sebab itu, Guan Eng tidak berani untuk bertanding baik di peringkat
pusat mahupun negeri. Dia tahu kalau bertanding, harapannya untuk menang
agak tipis memandangkan pengaruh beliau kurang di peringkat akar umbi.
Dia hanya bergantung kepada pengaruh dan populariti ayahnya saja,” jelas
beliau kepada pihak media di sini hari ini.
Tambah beliau, Guan Eng sepatutnya merasa malu dengan jawatan Ketua
Menteri yang dipegangnya hari ini memandangkan beliau seolah-olah
mengelak untuk bertanding di dalam pemilihan peringkat negeri bagi
membuktikan beliau benar-benar mendapat sokongan akar umbi untuk
menjawat jawatan tersebut.
“Seperti mana di dalam UMNO, selalunya Ketua Menteri atau Menteri
Besar sesebuah negeri merupakan juga pengerusi perhubungan negeri dan
ketua salah satu bahagian UMNO di dalam negeri tersebut.
“Ini untuk membuktikan bahawa individu atau pemimpin yang dilantik
untuk menjadi ketua menteri atau menteri besar sesebuah negeri itu
benar-benar mendapat sokongan daripada akar umbi dan bukan hanya
bergantung kepada amalan kroni dan nepotisme seperti yang berlaku di
dalam Dap hari ini.
“Bagi saya dalam kes pemilihan Ketua Menteri Pulau Pinang, sepatutnya
ialah Pengerusi Dap negeri Chow Kon Yeow yang mendapat undi tertinggi
pada tahu 2013 kerana beliau telah diberi mandat dengan jelas oleh ahli
Dap Pulau Pinang melalui pemilihan di peringkat negeri, ” tegasnya.
Pada 24 Novmember lalu, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk
Huan Cheng Guan mencabar Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng untuk
bertanding dalam pemilihan Dap peringkat negeri yang bagi membuktikan
beliau mendapat sokongan padu daripada anggota Dap di negeri ini, selain
menunjukkan lantikannya sebagai ketua menteri dibuat secara sah.
Bagaimanapun, Guan Eng hanya memandang sepi sahaja cabaran yang
dibuat oleh Datuk Huan Cheng Guan itu dan tidak membuat sebarang
kenyataan bagi cabaran untuk bertanding dalam pemilihan tersebut yang
telah pun berlansung pada Ahad lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment