Tuesday, December 01, 2015

Akuan Bersumpah Charles Morais Penuh Keraguan, Motif Jahat – Dr Halim

KUALA LUMPUR : Seorang pensyarah undang-undang, Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek menyatakan bahawa sesiapa sahaja boleh membuat akuan bersumpah mengikut kehendak individu tersebut.

Tegas Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara yang bertugas di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu, walaupun sesiapa sahaja yang boleh membuat perakuan tersebut, isi kandungannya masih boleh dipertikaikan kerana syarat untuk mendapatkannya hanyalah dibuat di hadapan orang yang mempunyai autoriti mengeluarkannya dan dibuat bayaran sahaja.

“Tetapi, yang penting adalah individu tersebut perlulah bertanggungjawab dan bukannya melarikan diri seperti kes Charles Suresh Morais, adik kepada mendiang Kevin Morais, Timbalan Pendakwa Raya yang hilang kemudiannya mati dibunuh.
Dr Halim Sidek
“Apa motif dia lari setelah dia buat kenyataan bersumpah tersebut, sepatutnya dia perlu bertanggungjawab.

“Di situ telah nampak niat dan motif dia, niat ialah kenapa dia buat, motif ialah sebab-sebab dia buat dan sebab itu kita pula yang perlu timbulkan persoalan, apakah motif dia buat kerana jelas motif dia ada niat yang tidak baik, kalau baik kenapa dia lari, nampaknya ada ‘udang di sebalik batu’,” katanya kepada pihak media.

Sebelum ini juga, seorang pengamal undang-undang, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata akuan bersumpah tidak boleh dijadikan asas untuk membuktikan seseorang itu bersalah di dalam apa saja pertuduhan kerana ianya tidak cukup kuat untuk dijadikan sebagai bahan bukti untuk mensabitkan kesalahan di atas pertuduhan dan bagaimanapun, selepas seseorang itu membuat akuan bersumpah maka pihak polis perlulah melakukan siasatan terhadap akuan tersebut.

“Bidang perundangan ini terlalu luas skopnya dan seharusnya rakyat perlu memahami implikasi apa sahaja tindakan yang berkaitan dengan undang-undang dan bukannya terus mempercayai bulat-bulat terhadap apa sahaja kenyataan bersumpah,” katanya lagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan Charles sebagai seorang yang pengecut dan tidak bertanggungjawab kerana melarikan diri pada 1.30 pagi Khamis lalu melalui Tambak Johor selepas membuat sidang media mengenai kaitan mendiang abangnya dengan laporan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada petang sehari sebelumnya.

“Dan bukan sesuatu yang pelik jika pembangkang mengambil kesempatan memainkan isu tersebut kerana isu kedaulatan negara seperti yang ditunjukkan oleh Nurul Izzah pun mereka tiada sensitiviti.

“Pembangkang memang itu kerjanya akan mengambil kesempatan kepada sesiapa sahaja yang mereka rasakan perlu terutama melibatkan parti kerajaan, ketandusan idea memburuk-burukkan kerajaan.

“Mempolitikkan segala-segala yang boleh dimanipulasi seperti mana kes 1MDB, setelah Arul Kanda menampilkan diri mereka mula senyap kerana tahu tidak mampu melawan dengan fakta,” ujar Dr Halim.

Seterusnya, beliau berpandangan amalan itu seolah-olah sudah menjadi darah daging pembangkang di negara ini hanya semata-mata untuk ‘political mileage’, berbeza dengan pembangkang negara-negara luar yang menyokong dasar kerajaan yang baik kepada rakyat.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment