Tuesday, December 01, 2015
Hamidah Othman Pura-Pura Tak Cerdik Atau Memang Buta Perut?
Sebelum ini bukan main dia mengutuk Presiden parti dan juga Perdana
Menteri sebab kononnya ia adalah suara dari akar umbi. Tapi akhirnya
apabila dipecat, dia tak mengaku pulak dan berlagak seolah-olah dirinya
sangat suci dari sebarang kesalahan.
Inilah yang dinamakan jenis manusia yang suka bermuka-muka. Apabila
dipecat dari Umno atas kesalahan memburukkan parti serta tak setia
kepada Presiden, sepatutnya Datuk Hamidah Othman bersyukur banyak-banyak
dan buat kenduri sedekahkan pisang ke masjid. Bukannya meroyan macam
orang hilang anak.
Tak faham lagi ke bila Setiausaha Agung Umno kata Hamidah dipecat kerana
berada dipentas pembangkang dan memburukkan Perdana Menteri? Jangan
buat-buat bodoh sangat kononnya tak faham apa yang dimaksudkan dengan
"berada di pentas pembangkang".
Yang dimaksudkan oleh Ku Nan adalah Hamidah kini senada dengan DAP dan
PKR yang berkomplot mahu gulingkan Perdana Menteri yang juga Presiden
Umno. Takkan itu pun nak jelaskan secara terperinci? Budak-budak baru
akil baligh pun faham apa yang dimaksudkan, takkan Hamidah tak reti
bahasa?
Berada di pentas pembangkang bukan bermakna berdiri berceramah diatas
pentas atau buat sidang akhbar sebaris dengan pembangkang macam yang
Saifuddin Abdullah buat tu. Bila dah bercakap macam pembangkang, dan
buat perkara-perkara mengarut seperti demo desak Presiden parti letak
jawatan, itu kira "berada di pentas pembangkang" lah..
Lagi satu, sebagai Bekas Ketua Penerangan Wanita Umno, Hamidah patutnya
lebih faham dengan makna kesetiaan kepada Presiden parti. Kalau dah tak
mampu nak setia kepada Presiden sebagai Ketua didalam Umno, elok la
letak ja jawatan sebab tak guna bersama dengan orang yang kita tak suka.
Mana boleh kita sebagai ahli parti tiba-tiba buat gerakan untuk jatuhkan
Ketua parti sendiri.. Ingat Umno tu tak ada undang-undang dan
Perlembagaan ke? Kalau Hamidah duduk dalam DAP atau PKR pun confirm dah
lama kena pecat keahlian jugak kalau lawan Guan Eng atau Wan Azizah.
Sekarang ni, elok la Hamidah fikir parti mana pulak yang dia nak join.
Rasanya elok Hamidah masuk je parti Mat Sabu sebab Mat Sabu pun jenis
kencing tak kira tempat jugak.. Bayangkan, berbaiah bagai nak rak untuk
ceraikan bini kalau keluar PAS, last-last sebab Guan Eng dia sanggup
langgar Baiah sendiri.. Memang sesuai la dengan Hamidah..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment