Tuesday, December 01, 2015
Penyokong Mahathir Makin Sasau Bila Najib Masih Kekal Jadi PM
Jika nak dibandingkan dengan penyokong pembangkang dan penyokong taksub
Mahathir, kedua-duanya langsung tak ada beza. Kedua-dua kumpulan ini
mempunyai mentaliti yang sama iaitu sangat taksub dan juga menolak
segala fakta yang diberikan hanya semata-mata mahu menang.
Cuba lihat penyokong Anwar Ibrahim, mereka seboleh-bolehnya menolak
perbuatan sumbang Anwar walaupun telah dibuktikan didalam mahkamah
berserta segala macam bahan video serta sampel yang menunjukkan Anwar
bersalah.
Begitu juga dengan penyokong Guan Eng serta Lim Kit Siang, kumpulan itu
hanya mahukan kuasa memerintah negara walaupun mereka tahu untuk
memerintah sebuah negeri pun Guan Eng tak mampu dan menipu merata-rata.
Samalah dengan penyokong Mahathir yang mahukan Najib letak jawatan
kononnya mempunyai skandal penyelewengan serta sangat zalim pada rakyat.
Mereka lupa untuk membandingkan diantara zaman pemerintahan Mahathir
dan juga Najib, siapa yang lebih zalim dan juga banyak mempunyai skandal
penyelewengan.
Sekarang ini penyokong Mahathir meroyan apabila seorang pemimpin wanita
Umno yang berjiwa Mahathir dipecat atas kesalahan memburukkan Perdana
Menteri dan juga menjatuhkan imej Presiden Umno. Kata mereka, Najib
sangat zalim dan tidak demokrasi!
Penyokong-penyokong Mahathir ini lupa bahawa Mahathir lebih zalim kerana
telah "memecat" berjuta ahli Umno pada tahun 1988 melalui pengharaman
Umno. Ini semua terjadi kerana usaha Mahathir bersama 10 kawannya
menjatuhkan Presiden parti melalui Mahkamah.
Pentaksub Mahathir juga lupa bahawa Mahathir juga pernah memecat
beratus-ratus ahli Umno apabila terdapat usaha menjatuhkan Presiden
parti pada tahun 1998. Ketika itu, kemarahan ahli Umno terhadap Mahathir
memuncak apabila Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Berbanding dengan Najib yang ketika ini menjadi Presiden Umno serta
Perdana Menteri Malaysia, hanya seorang saja yang dipecat kerana "berada
di pentas pembangkang" berbanding ramai-ramai kumpulan yang bersama
Mahathir untuk menggulingkan kerajaan Malaysia.
Orang yang berakal dan mampu berfikir tentu tahu dan mampu menilai siapa
yang lebih berdemokrasi serta siapa yang lebih zalim disini. Hanya
penyokong taksub pemimpin tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi
sahaja yang menafikan segala fakta yang diberikan.
Susah sebenarnya untuk melayan karenah penyokong-penyokong taksub ini
semua. Kita ambil contoh IPP yang menjadi kontroversi sekarang ini. Jika
tak dijual, mereka akan tuduh berbillion duit tersebut masuk kedalam
poket Perdana Menteri. Kalau dijual kepada GLC pula akan didakwa
kerajaan guna wang rakyat untuk bailout kroni.
Tapi bila dijual kepada syarikat luar, penyokong taksub Mahathir akan
kata Kerajaan menjual maruah dan kepentingan negara! Apakah kegilaan
yang cuba dilakukan oleh puak-puak tersebut? Apakah mereka sengaja mahu
menghasut rakyat menjadi gila atau mereka semua yang sebenarnya sudah
gila?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment