Tuesday, December 01, 2015

Ini Syarat Salleh Man Kepada PAS Jika Mahu Tinggalkan Guan Eng di Pulau Pinang

Salleh Man berjaya memeningkan kepala pemimpin-pemimpin tertinggi PAS apabila mengenakan syarat "berat" jika benar PAS mahu dia meninggalkan Pakatan Harapan di P.Pinang.

Antara syarat yang diberi ialah..:-

1 - PAS harus meninggalkan kerajaan PH di Selangor
2 - Exco PAS di Selangor meletakkan jawatan.
3 - Menantu Hj Hadi meletakkan jawatan didalam GLCS di Selangor

Disini kita boleh nampak bahawa Salleh Man berniat untuk mengenakan PAS. Jika benar ini semua datang dari otak Salleh Man sendiri, ia membuktikan yang dia memang bijak.

Tapi jika segala syarat yang dikenakan oleh Salleh Man itu datang dari skrip Guan Eng serta konco-konconya, Salleh Man terbukti sudah rasmi menjadi kaldai DAP di P.Pinang.

Apapun, dengan syarat-syarat terbaru dari Salleh Man ini sudah tentu membuatkan para lebai dalam PAS riuh rendah. Khususnya kumpulan PAS di Selangor yang selama ini selesa berkerja sama dengan Teressa Kok dan Ronnie Liu.

Jangan mimpi jika mahu melihat pemimpin PAS di Selangor melepaskan jawatan mereka kerana pangkat serta wang ringgit memang menjadi pujaan mereka selama ini.

Dan untuk melihat menantu Hj Hadi meninggalkan GLCS di Selangor, itu juga mustahil kerana jika beliau betul-betul pentingkan parti dan menjaga maruah bapa mertuanya, dah lama jawatan tersebut ditinggalkan.

Lagipun, bodohlah jika menantu Hj Hadi tinggalkan gaji ribu-ribu hanya semata-mata kerana Salleh Man.. Bukannya Salleh Man nak bantu dia jika dia susah... Hahaha...


Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment