Tuesday, December 01, 2015

DAP Akan KALAH Di Pulau Pinang Pada PRU14 Jika PAS Dan UMNO Bergabung

UMNO sebenarnya bukan musuh PAS.., tetapi Musuh PAS ialah DAP dan AMANAH. Sebab itulah PAS siang malam kini hanya menyerang DAP dan AMANAH.

PAS baru sedar bahawa DAP dan AMANAH lah yang menggugat perpaduan bangsa melayu. PAS juga baru tahu bahawa DAP dan AMANAH lah yang mahu umat Islam berpecah belah demi menguasai politik dalam negara.

PAS kini sedar tanpa DAP dan AMANAH juga mereka masih mampu berdiri sendiri. Bukannya semakin lemah, tapi tanpa Pakatan Harapan sekalipun PAS mampu menjadi semakin kuat. Sebab itulah PAS kini menggesa PKR supaya memilih PAS sebagai rakan dan meninggalkan Pakatan Harapan.

"PKR perlu berani meninggalkan Pakatan Harapan. PAS tidak akan berundur. PKR perlu memilih. Jika mahukan Pakatan Harapan tidak perlu bersama dengan PAS."

Begitulah kata dua yang diberikan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Ketua Penerangan DUPP, Ustaz Khairuddin at-Takiri melalui status fesbuknya yang dimuatnaik malam tadi.

Beliau mengingatkan PKR bahawa PAS lebih diperlukan dalam konteks pilihanraya dan undi berbanding DAP atau PAN kerana mempunyai jentera kerja yang ramai dan kuat!

"Hakikat yang mesti diperakui oleh PKR ialah mereka bertanding pada Pru ke 12 dan 13 dengan pergantungan besar kepada jentera PAS.." katanya.

Beliau merujuk kepada PRK Kajang yang kononnya jentera PAS lah yang menjadi nadi gerak kerja bagi mendapat sokongan masyarakat Melayu dan Islam.

Malah beliau dengan sinis menempelak PKR yang dianggap tidak mempunyai penyokong teras dengan berkata, "Kalau DAP teras sokongannya adalah masyarakat cina, PAS pula masyarakat Melayu dan Islam maka apakah pula undi teras PKR?"

PAS juga kian menyedari bahawa DAP dan AMANAH tak akan mampu buat apa-apa tanpa sokongan dari PAS. Dan dengan kerjasama PAS bersama UMNO didalam PRU akan datang, P.Pinang pastinya akan mampu ditawan dari DAP.

Sekarang ini yang penting, mampukah PAS meyakinkan PKR bahawa mereka boleh bergerak sendiri tanpa DAP dan AMANAH? Jika dilihat dari kesediaan Azmin Ali untuk bertoleransi, nyata tak mustahil wujud kerjasama PAS/PKR di Selangor dan PAS/UMNO di P.Pinang bagi menghancurkan DAP dan AMANAH...


Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment