Wednesday, December 02, 2015
Mahathir Buat Hal Lagi.. Sakit Hati Bila Ahli UMNO Sokong Najib
Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan lantangnya mendakwa
bahawa ahli-ahli Umno sekarang ini tidak lagi berjuang berlandaskan
parti demokrasi. Hal ini kerana, atas menyataan Mahathir para pemimpin
Umno sedang menjaga kuasa orang atasan.
Mungkin Mahathir tidak berpuas hati dengan sokongan yang diberikan oleh
ahli Umno terhadap presidennya, Datuk Seri Najib Razak. Alahhhhh, pada
zaman Mahathir pun ahli Umno beri sokongan penuh kepadanya, jadi kenapa
dia perlu pertikaikan perkara ini walaupun pada zamannya dahulu dia juga
lalui situasi yang sama.
Mahathir berkata, apa yang terjadi kini menyaksikan ahli Umno lebih
berjuang untuk pemimpin mereka berbanding orang bawah iaitu akar umbi.
Dakwa Mahathir itu bukan landasan perjuangan yang sebenar.
“Kalau dia berjuang untuk presiden dia saja, dia sudah tidak berpegang kepada prinsip UMNO,” katanya.
Tambahnya lagi, parti Umno kini tidak lagi sesuai untuk orang yang
melakukan kesalahan, namun masih lagi ada tempat untuk orang Melayu.
Beliau juga turut menuduh sokongan yang ditunjukkan oleh ahli parti
terhadap presiden adalah sekadar membabi buta sahaja tanpa fakta yang
betul.
“Yang bersalah itu pemimpin, jadi jangan kita anggap pemimpin dan parti
itu sama. Sepatutnya UMNO berpegang kepada Perlembagaan parti, berjuang
untuk agama dan negara,” katanya lagi.
Mahathir juga menuduh sistem parti Umno lebih menyanjungi kuasa
berbanding dengan sistem asal yang berfikiran terbuka mendengar pendapat
ahli lain. Apa yang diperkatakan Mahathir semuanya auta. Sebetulnya
sokongan yang diberkan adalah dasar kepercayaan ahli terhadap pemimpin
mereka.
Presiden parti juga tidak pernah menghalang ahlinya untuk menyuarakan sebarang pendapat yang bermain di fikiran mereka...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment