Wednesday, December 02, 2015
Hayat Guan Eng Sudah Makin Pendek Di Pulau Pinang
Majlis Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015 yang diadakan Ahad lalu
telah dicemari dengan adegan tunjuk perasaan oleh sekumpulan lelaki,
dalam anggaran lebih 20 orang. Tunjuk perasaan atau demontrsi tersebut
diadakan di hadapan sebuah hotel di Bukit Jambul, berdekatan konvensyen
tersebut diadakan.
Demonstrasi tersebut menunjukkan bahawa rakyat Pulau Pinang sebenarnya
menolak kepimpinan yang dibawa oleh Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng
selaku Ketua Menteri.
Suara-suara kecil penolakan kepimpinan Guan Eng itu mewakili seluruh
rakyat Pulau Pinang. Mereka dengan lantangnya mendesak supaya Guan Eng
meletak jawatan dan memberi laluan kepada pemimpin baru untuk
memerintah.
Kumpulan lebih 20 orang lelaki terbabit mendesak supaya kerajaan Pulau
Pinang mengangkat Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow sebagai Ketua
Menteri yang baru, dan memaksa Guan Eng melepaskan jawatannya.
Perhimpunan yang berlangsung seawal 9 pagi terbabit menyaksikan kumpulan
tersebut memang sepanduk memberi sokongan kepada Chow, sepanduk
tersebut tertera tulisan ‘Chow Kon Yeow Chief Minister of Penang, We
Want You’, ‘Anak Negeri Pulau Pinang Sokong Chow Kon Yeow Sebagai Ketua
Menteri Pulau Pinang’ dan ‘Lim Guan Eng Balik Melaka.’
Walaupun rakyat Pulau Pinang mahukan Chow menjadi Ketua Menteri, namun
Chow menyuarakan sokongan penuh kepada pucuk kepimpinan yang dibawa Guan
Eng selaku Ketua Menteri yang memerintah kepulauan tersebut sejak
bertahun-tahun yang lalu.
Sanggup jugak noh Chow tengok rakyatnya tersiksa dibawa kepimpinan Guan
Eng, mungkin dia sendiri takut untuk derhaka dekat Guan Eng walaupun
rakyat bersedia untuk berdiri dibelakangnya hahaaa kesian! DAP memang
tak boleh pakai.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment