Wednesday, December 02, 2015

Lim Kit Siang Kata Pemimpin PAS Tak Layak Perintah Negara

Parti DAP membuat kesimpulan bahawa parti PAS sememangnya langsung tidak mampu untuk membawa perubahan kepada Malaysia, ditambah pula dengan angan-angan PAS yang mahu memerintah negara secara keseluruhan, mimpi jela!

Itu pendapat yang disuarakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Seperti masuk bakul angkat sendiri, Kit Siang bukan sahaja mendakwa PAS tidak layak untuk memerintah negara dan memberi perubahan kepada ekonomi malah dia mendakwa bahawa sekarang ini hanya parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) sahaja yang layak untuk menggantikan kerajaan. Hahaaaa… Lagi la mimpi!

“Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan PAS cuma menjadi satu sejarah disebabkan PAS melanggar prinsip bersama Pakatan Rakyat terutama dalam isu hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan.

“Malah, Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) enggan menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya.

Tinggi betul angan-angan pembangkang nak take over pemerintahan kerajaan, mampu ke nak tumbangkan kerajaan yang semakin kukuh tapak pemerintahannya nie? Dalam pakatan pembangkang pun banyak masalah, ada hati nak ubah negara.

Kononnya Kit Siang akan muncul dengan satu pelan baru bersama koncu-koncu macainya bagi mencapai impian dan angan-angan mereka, hahaaa hebat sangat ke pelan dorang tu?

Sedangkan DAP sendiri tak mampu nak tundukkan PAS, tak mampu menang dalam pertelingkahan mengenai hukum hudud, ada hati nak takluk kerajan, podahhh! Katakan PAS tak mampu ubah negara, padahal dorang sendiri terumbang ambing...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment