Wednesday, December 02, 2015
PKR Gelabah Biawak Bila BN Mahu Tawan Kelantan
Belum apa-apa lagi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah gelabah biawak,
ketar lutut! Itu baru dengar Barisan Nasional (BN) menyampaikan hasrat
parti untuk merampas Kelantan dari PAS, belum lagi bertindak apa-apa.
Nampak sangat yang PKR gentar dengan BN.
Lebih dahsyat lagi, Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Kadir siap bagi
warning lagi kepada bala tenteranya supaya bersiap sedia dari awal untuk
menghadapi peperangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan
datang.
Aziz nampak gentar dengan cabaran dan hasrat yang disuarakan BN dengan
mendakwa bahawa cita-cita dan hasrat yang disuarakan tersebut tidak
seharusnya dipandang ringan dan jangan ambil mudah. Sememangnya BN mampu
untuk membawa kejutan untuk Kelantan.
Sementara itu, Aziz turut mendakwa bahawa kenyataan yang dikeluarkan
oleh Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai satu
peringatan bahawa BN akan menakluk pemerintahan Kelantan dan seterusnya
mengalahkan parti dan jentera pertahanan mereka. Itu semua bukanlah
sesuatu yang mustahil.
“Ditambah dengan suasana realiti politik negeri yang agak tidak menentu
sekarang, jangan pandang mudah dan menganggap ia mustahil,” katanya.
Tindakan Aziz menunjukkan bahawa PKR sebenarnya tidaklah kuat mana,
mereka hanya berdiri dibelakang PAS untuk meraih sokongan. Itu satu
kelebihan buat BN dalam usaha untuk merampas kembali Kelantan pada
PRU14.
Parti BN pastinya telah bersiap sedia untuk bertempur dan mengahadapi
apa sahaja cabaran bagi memperolehi kejayaan mutlak. Sudah tiba masanya
Kelantan merasai tapak pemerintahan yang baru dan menggantikan PAS.
Perkara tersebut tidak mustahil untuk berlaku kerana BN adalah satu
parti yang kukuh.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment