Wednesday, December 02, 2015

Wajarkah Video Perempuan Kantoi Mencuri Dikaitkan Dengan Isu Politik Negara?

Adakah wajar tindakan mencuri itu dikaitkan dengan isu politik negara dan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi negara sekarang ini?? Satu video perempuan pertengahan usia yang kantoi mencuri ini mendapat simpati netizen.

Bukan apa, yang kesiannya barang-barang yang dicuri tue boleh dikatakan stok-stok makanan. Wanita tue ambil sayur mentah dan makanan dalam tin. Disebabkan itu, nitezen merumuskan bahawa wanita ini berkemungkinan terlalu terdesak untuk mendapatkan makanan bagi meneruskan hidup hingga memaksa dia mencuri.

Nampak memang la kesian, mungkin wanita ini tidak berkemampuan. Tapi jika dilihat dari sudut lain, wanita ini sihat tubuh badan, anggota lengkap tak cacat, meskipun kesempitan hidup, kenapa wanita ni tak kerja?? Kenapa harus mencuri?? Jika alasannya belajar tak pandai dan susah cari kerja, apa salahnya kalau cari kerja yang sesuai dengan ilmu di dada tue, janji halal.

Ini tidak… Nak jugak ikut jalan mudah dan tidak diberkati. Kesempitan hidup tidak menghalalkan kita untuk mencuri, ianya berdosa dalam Islam. Dan adalah tidak wajar bagi nitezen untuk mengaitkan kisah sedih wanita ini dengan isu politik di negara kita. Tak kan pasal mencuri sebab takde duit nak makan, kerja mala situ pun salah Najib?? Habis korang sakit perut pun salah Najib jugak ke? Hadoiii pening!

Yang mencuri itu korang, yang malas bekerja cari duit untuk sara diri, bagi makan keluarga itu korang. Kalau diri sendiri malas nak usaha bila nak maju?? Kalau nak hidup kena pandai cari peluang, duit bukan datang terbang dari langit cek oiii!-

Sememangnya mentaliti orang Melayu kita ni mundur dan tidak berkembang. tahu nak salahkan orang lain dan bukannya berusaha nak majukan diri sendiri...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment