Wednesday, December 02, 2015

Mahathir Tak Ada Bukti UMNO Akan Kuat Kalau Najib Berundur

Berbagai tomahan yang dilemparkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kedudukan Umno yang dikatakan hampir-hampir karam. Turut menjadi mangsa keadaan adalah perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dianggap sebagai penyebab kepada masalah ini.

Tuduh-tuduh jugak.. Mahathir ni ada buktikah yang menunjukkan bahawa Najib adalah bapa kepada segala penyebab dan masalah yang timbul?? Bukan itu sahaja, Mahathir malah mendakwa Umno akan lebih berjaya sekiranya Najib melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.

Tertanya-tanya jugak.. Adakah Mahathir mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong tuduhan keras yang dilemparkannya itu?? Dan adakah benar Umno akan berjaya tanpa pengaruh Najib??

Sekarang ini, kita jelas mengetahui bahawa faktor kelemahan Umno bukanlah disebabkan Najib, malah ianya disebabkan faktor kelemahan ahli yang gagal untuk menangani segala tomahan tidak berasas yang dilemparkan pembangkang.

Mahathir yang juga mendakwa Umno akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang disebabkan presidennya, adalah satu tuduhan tidak logik dan kelakar.

"Cukuplah! Mahathir sudah menyatakan apa yang sepatutnya termasuk menganggap Umno akan kalah jika Najib terus menjadi presiden parti.

“Namun Mahathir juga tiada jaminan BN akan menang jika Najib berhenti menjadi presiden dan perdana Menteri.

“Ini semua hanyalah hipotesis Mahathir kerana menyaksikan sampan sedang bocor,” kata satu kandungan surat yang disiarkan di MyKMU.net.

Jika kita lihat situasi Mahathir sekarang ini tidak ubah seperti geng kongsi gelap. Sendiri yang cetuskan huru-hara kemudian berlagak hero tawarkan diri untuk settle masalah, hahaa hebat permainan Mahathir.

Sedangkan sebelum ini Mahathir sendiri yang cetuskan konflik dengan menghentam kerajaan, kemudian mendesak perdana menteri meletak jawatan. Sedap je dia kata Najib yang bermasalah, mental agaknya? Lebih baik Mahathir diam dan berehat kerana zamannya sudah lama berakhir..

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment