Wednesday, December 02, 2015

Pengundi Lembah Pantai Mahu Nurul Izzah Letak Jawatan

Susulan tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah berselfie dan bergambar bersama anak Sultan Sulu Jacel Kiram, penduduk di Lembah Pantai mendesak Nurul Izzah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen kawasan berkenaan kerana tidak sensitif dengan perasaan rakyat di negara ini khususnya rakyat di Sabah.

Menurut Pengerusi pengundi Lembah Pantai, Mohd Nazri Abdul Rahman, Nurul Izzah perlu meletak jawatannya sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai kerana telah mengguris hati rakyat di negara ini dengan berselfie bersama anak penceroboh Lahad Datu, Sabah.

"Kami menyeru kepada Nurul Izzah dengan apa yang telah dibuat bersama dengan Jacel Kiram kalau dia berani, dia lepaskan jawatan wakil rakyat.

"Pengundi-pengundi muda di Lembah Pantai dah siap sedia untuk menghukum Nurul Izzah di Lembah Pantai. Jangan tunggu sampai lima tahun," kata Nazri.

Selain itu, Nazri yang mewakili penduduk Lembah Pantai turut memberitahu Nurul Izzah perlu melepaskan jawatannya kerana gagal menjaga kebajikan penduduk di kawasan itu.

Nazri berkata, Nurul Izzah tidak layak menjadi wakil rakyat lembah pantai kerana hanya pandai bermedia sosial berbanding menjaga kebajikan rakyat yang telah silap memilih beliau pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

"Nurul Izzah di Lembah Pantai memang gagal jaga kebajikan di Lembah Pantai. Dia lebih tumpukan kepada kawasan di luar. Apa yang kita dapat diluas sana mengetahui Nurul Izzah ini seorang tidak berbakti kepada Lembah Panta.

"Nurul Izzah ini lebih hebat atau dimomokkan dengan media sosial seperti facebook, twitter, instafram dan sebagainya.Tetapi di Lembah Pantai bagi kami pengundi-pengundi muda ini dia dalam seminggu memang tidak ada dalam Lembah Pantai," katanya.

Dengan desakan ini, adakah Nurul Izzah berani untuk melepaskan jawatannya kerana telah melukakan hati rakyat kerana bertemu dengan anak penceroboh Lahad Datu pada tahun 2008??

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment