Wednesday, December 02, 2015
Tak Tahu Urus Banjir, Guan Eng Mula Salahkan Kerajaan Persekutuan
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang angkuh dan sombong hari ini
menyalahkan kerajaan persekutuan berhubung banjir yang melanda negeri
itu.
Menurut Guan Eng, banjir yang melanda negeri itu berpunca daripada
kerajaan persekutuan yang menolak permohonan kerajaan negeri memohon
peruntukan sebanyak RM805 juta untuk projek tebatan banjir.
Selain itu, Guan Eng turut menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak berbohong mengenai kenyataan mahu membantu rakyat yang terjejas
banjir kerana tidak menghulurkan bantuan kepada negeri dibawah
pentadbirannya.
"Malangnya, ia adalah janji kosong," kata Guan Eng.
Oleh demikian, beliau menyifatkan kerajaan persekutuan menganak-tirikan Pulau Pinang gara-gara tidak meluluskan dana RM805 juta.
Guan Eng yang cuba memburukkan imej kerajaan persekutuan mempersoal
adakah salah beliau selaku Ketua Menteri Pulau Pinang memohon peruntukan
daripada kerajaan persekutuan untuk membantu rakyat di negeri bawah
pentadbirannya.
Katanya, lagipun tiap-tiap tahun kerajaan negeri DAP Pulau Pinang
membayar RM6.3 bilion kepada kerajaan persekutuan tetapi, pulangan yang
diterima kerajaan negeri hasil bayaran itu amatlah tidak setimpal.
Tambahnya, kerajaan Pulau Pinang telah dianak tirikan oleh kerajaan
persekutuan dalam isu bajet pentadbiran negeri kerana diketepikan dalam
bajet tahunan yang dibentangkan Perdana Menteri.
"Ia adalah sangat tidak adil walaupun membawyar RM6.3 bilion setiap
tahun kepada kerajaan persekutuan cukai dan adat bertugas, Pulau Pinang
hanya mendapat kembali 2 peratus.
"Pulau Pinang masih sebahagian daripada Malaysia dan tidak boleh dilayan seperti anak tiri," katanya.
Persoalannya, perlu ke kerajaan persekutuan meluluskan permohonan RM805
juta untuk tebatan banjir di negeri itu?? Lagipun, Guan Eng sebelum ini
bukan main angkuh lagi apabila kerajaan persekutuan mahu memberi bantuan
dengan mengatakan kerajaan negeri tidak memerlukan bantuan kerajaan
persekutuan kerana kerajaan negeri mampu mencari dana sendiri.
Namun, pada hari ini, Guan Eng dilihat membuat tindakan 'selamatkan
diri' apabila negeri dibawah pentadbirannya kerap dilanda banjir dengan
menuduh banjir itu berpunca daripada kerajaan persekutuan yang enggan
meluluskan permohonannya berhubung projek tebatan banjir.
Daripada kerajaan persekutuan memberi RM805 juta kepada pentadbiran
negeri yang sombong dan angkuh, lebih baik kerajaan persekutuan
menyalurkan jumlah terbabit kepada Kelantan, Pahang, Sabah dan Sarawak
untuk projek tebatan banjir.
Bukan pilih kasih atau menganak tirikan Pulau Pinang, tetapi ini adalah
untuk mengajar pemimpin DAP yang begitu sombong dan angkuh. Selain itu,
jumlah yang dipohon itu melebihi bajet untuk projek tebatan banjir yang
dilakukan di negeri yang kerap dilanda banjir besar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment