Wednesday, December 02, 2015
Mahathir Tuduh Najib Sabotaj Proton Sampai Tak Laku!!!
Pengerusi Proton Holding Berhad, Tun Dr Mahathir Mohamad menuding jari
kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak keatas jualan syarikat
automotif tempatan itu semakin merudum.
Menurut Mahathir, jualan Proton semakin merudum ekoran harga kereta
buatan tempatan itu terpaksa dijual dengan harga yang tinggi.
Mahathir berkata, Proton terpaksa menjual harga kereta keluarannya
dengan harga yang sama taraf dengan harga pasaran kereta import ekoran
dikenakan cukai tinggi oleh kerajaan.
Oleh itu, Mahathir berharap orang ramai tidak menyalahkan Proton kerana
menjual harga yang mahal sama seperti kereta import sebaliknya perlu
menyalahkan kerajaan kerana mengenakan cukai sehingga 300 peratus.
"Proton selalu dipersalahkan ekoran harga kenderaan yang mahal. Ia bukan
salah Proton. Pihak kerajaan yang mahu mencukaikan kenderaan sehingga
300 peratus. Kerajaan mahukan pendapatan. Proton bukan punca kepada
harga kenderaan yang tinggi," kata Mahathir.
Selain itu, Mahathir turut menuduh kerajaan menjadi punca jualan Proton
merudum kerana mengadakan satu kempen kepada rakyat supaya tidak membeli
kereta buatan tempatan.
"Terdapat kempen untuk rakyat Malaysia supaya tidak membeli kereta buatan Proton," katanya.
Persoalannya, benarkah kerajaan menjadi punca jualan Proton merudum???
Mengapa Mahathir sebagai pengerusi syarikat Proton perlu menyalahkan
kerajaan diatas kelemahan sendiri???
Jika difikirkan tuduhan Mahathir mengatakan Najib sebagai punca jualan
kereta Proton merudum adalah tidak masuk akal... Perkara ini dapat
dilihat dengan syarikat kedua automotif tempatan iaitu Perodua berjaya
menaikkan jualan kereta keluaran mereka setanding dengan jualan kereta
import.
Jadi, tidak perlulah Mahathir menyalahkan kerajaan kerana jualan Proton
merudum kerana jelas jualan Proton merudum adalah disebabkan kegagalan
beliau sendiri sebagai pengerusi Proton.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment