Wednesday, December 02, 2015
Ketua Cawangan Yang Lawan Najib Ada Agenda Tersembunyi.. - Ahmad Maslan
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan membidas pihak yang suka
melihat bantahan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya
berundur dari jawatannya dengan mengatakan perkara itu tidak menjadi
masalah kerana terdapat 15 cawangan Umno sahaja yang membantah daripada
jumlah kesemua cawangan Umno di seluruh negara berjumlah 21,000.
Jelas Ahmad Maslan, jumlah bantahan dari Umno cawangan itu terlalu kecil
untuk diturutkan berbanding jumlah Umno cawangan termasuk Umno bahagian
lain masih setia menyokong Najib sebagai Perdana Menteri dan juga
presiden parti.
Dalam masa sama, beliau turut menyifatkan 15 cawangan Umno yang membuat
bantahan itu mempunyai agenda tersembunyi dan mempunyai masalah dengan
parti.
Tambah Ahmad Maslan, namun begitu ia tidak menjadi masalah buat parti
kerana Umno cawangan dan Umno Bahagian di seluruh negara tidak membantah
kepimpinan Presiden parti.
"Ada sebab lain penentangan mereka ini, tetapi kami anggap ini cabaran
yang parti perlu hadapi. Daripada 191 ketua Umno Bahagian, kami tidak
pula mendengar ada yang menentang," kata Ahmad Maslan.
Sekumpulan ketua Umno cawangan pada 28 November lalu melancarkan gerakan
memaksa Najib meletakkan jawatan sebagai presiden parti dengan segera
supaya parti Umno tidak dirosakkan dengan lebih teruk.
Dari mendesak orang melepaskan jawatan lebih baik letak jawatan yang
disandang terlebih dahulu... Lagipun, selesaikan masalah cawangan
sendiri dahulu daripada mencampuri urusan orang lain.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment