Tuesday, December 01, 2015

Lim Guan Eng Akan Hilang Jawatan Ketua Menteri Kerana Teh Yee Cheu

Teh Yee Cheu Adun DAP-Tanjung Bunga yang mengudi menyokong usul Adun BN-Pulau Betong adalah seorang yang mendapat sokongan kuat di akar umbi dalam kawasan DUN Tanjung Bunga.

Jumaat lepas bukan pertama kali beliau menimbulkan kontroversi dan kemarahan Lim Guan Eng. Beliau pernah mencukur botak kepala beliau sebagai protes terhadap penggondolan bukit secara haram yang gagal ditangani oleh Kerajaan Negeri.

Beliau juga memprotes cadangan Kerajaan Negeri untuk menambak kawasan laut yang dikenali sebagai Middle Banks di perairan Pulau Pinang yang menjadi habitat semulajadi sejenis rumpai laut yang jarang ditemui. Beliau adalah seorang pencinta alam sekitar.

Beliau pernah membuat cadangan supaya penggal khidmat seorang Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal sahaja tahun lalu.

Dalam Sidang DUN yang baru lalu, beliau membawa usul persendirian untuk menghadkan tempoh khidmat Ketua Menteri hanya 2 penggal. Bagaimanapun usul beliau tidak berjaya kerana tidak mendapat cukup sokongan.

Teh Yee Cheu pada awalnya tidak dinamakan untuk bertanding semula oleh Lim Guan Eng pada PRU lalu. Cadangan itu mendapat tentangan dari akar umbi dan DAP berhadapan kemungkinan hilang kerusi Tanjung Bunga jika calon lain diletakkan menggantikan Teh.

Lim Guan Eng tidak berani mengambil risiko kehilangan mana-mana kerusi yang dimenangi DAP pada PRU ke 12 pada 2008. Teh dicalonkan semula di Tanjung Bunga pada 2013.

Hari ini Teh Yee Cheu meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang; 3 hari sebelum Konvensyen DAP Negeri Pulau Pinang bermula.

Lim Guan Eng tidak bertanding dalam pemilihan DAP Pulau Pinang, mungkin kerana beliau sudah menjadi Setiausaha Agong DAP Nasional... the supreme leader of DAP. Ini adalah penggal terakhir Lim Guan Eng boleh menjawat jawatan Setiausaha Agong DAP. Ia akan berakhir sebelum penggal Parlimen ke-13 tamat tempoh.

Ini bermakna Lim Guan Eng bukan lagi Setiausaha Agong DAP menjelang PRU ke 14 nanti. Lim Guan Eng juga tidak disenangi oleh sebahagian besar pemimpin DAP Pulau Pinang yang melihat Lim GuanEng sebagai "pemain impot" dalam politik Pulau Pinang.

Perkembangan politik terkini bila mana 5 Adun PKR tidak mengundi semasa pengundian usul Adun BN di sidang DUN Jumaat lalu menunjukkan "ketidak-taatan" mereka terhadap Lim Guan Eng.

Mungkinkah ini juga penggal terakhir Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment