Tuesday, December 01, 2015
Siapa 200 Ketua Cawangan Umno Yang Mahu Buat Protes Terhadap Najib?
Betulkah 200 ketua cawangan Umno akan mengadakan protes bagi memaksa Presiden Umno meletakkan jawatan di PAU2015?
Jika difikirkan dengan akal waras, apa kekuatan yang mampu dibawa oleh
200 ketua cawangan Umno berkenaan untuk mewakili suara ahli Umno lain?
Harus diingat bahawa diseluruh negara terdapat 20 ribu lebih cawangan
Umno, bukannya 2 ribu.
Jika 200 ketua cawangan tersebut perasan bahawa mereka sudah besar
sangat hinggakan mampu menjatuhkan Presiden parti, dipersilakan berbuat
demikian kerana ramai sudah tahu jalan cerita yang bakal berlaku.
Semasa fitnah terhadap 1MDB mula-mula diperkatakan oleh pembangkang dan
Tun Mahathir, ramai dikalangan ketua-ketua cawangan serta kepimpinan
bahagian Umno melatah dan secara diam-diam meluahkan rasa tak percaya
kepada DS Najib.
Tapi kini selepas hampir 6 bulan, mereka-mereka yang membantah dan
mendesak DS Najib meletakkan jawatannya dahulu sudah mula U-Turn balik
semula kepada menyokong kepimpinan beliau.
Percayalah, begitu juga yang akan berlaku kepada beberapa ketua-ketua cawangan yang cuba "menderhaka" ini.
Apabila habis "habuan" yang ditabur dari "tangan-tangan di belakang
tabir", mereka akan kembali "cium tangan" Presiden Umno seolah-olah
tiada apa yang berlaku.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment