Tuesday, December 01, 2015

Muhyiddin Tanggung Dosa RM 250 Juta dan RM 1 Bilion Cukuplah

midin-dosa
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak boleh tanggung dosa jika terus berdiam dalam hal RM 2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Sebenarnya Tan Sri tidak perlu menanggung dosa jika ada penyelewengan wang rakyat dari derma RM 2.6 bilion itu kerana ia tanggungjawab Mohd Najib Tun Razak.

Yang patut Muhyiddin risaukan ialah dosa beliau sehingga gagal memantau dan mengawasi pinjaman RM 250 juta untuk lembu feedlot NFC yang akhirnya gagal dibawah pengawasan beliau sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika bersetuju dan meluluskan program tersebut.

Muhyiddin juga ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri telah diberi kuasa menyelesaikan kemelut ini tetapi sehingga beliau digugurkan tiada apa penyelesaian dan ketelusan pun timbul.

Muhyiddin juga patut bercakap soal dosa beliau meluluskan peruntukan Bestari net RM 633 juta kepada YTL semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang sehingga hari ini dianggap gagal mencapai matlamat. Ada yang menyatakan ia mencecah RM 1 bilion lebih kemudiannya.

Ketika Muhyiddin mahu bercakap soal dosa RM 2.6 bilion yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tiada kaitan dengan dana kerajaan, bekas Timbalan Perdana Menteri mungkin perlu bercakap soal dosa sendiri. 

Sebagai seorang muslim yang berada di penghujung usia tua, eloklah bercakap soal dosa sendiri dan mencari kemaafan berbanding berterusan bercakap soal “dosa” orang yang belum tentu benarnya. 

Eloklah Muyiddin bercakap soal dosa RM 250 juta dan RM 1 bilion di bawah pengawasannya terlebih dahulu..

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment