Tuesday, December 01, 2015
UMNO Sediakan Kad Undangan Untuk Mahathir ke PAU2015
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini sering
mengeluh tidak mempunyai tempat untuk berucap menyampaikan amanatnya,
kini diberi peluang oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi untuk Mahathir menyampaikan amanatnya.
Menurut Zahid, Umno akan menyediakan 'kad undangan' kepada Mahathir
untuk menghadiri majilis pembukaan Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang
dijadual berlangsung awal bulan hadapan.
Jelas Zahid, jemputan itu dibuat bagi menghormati Mahathir sebagai bekas
presiden parti, sekaligus menepis dakwaan bahawa Umno cuba menutup
mulut bekas presiden parti itu kerana tidak menjemputnya.
Zahid berkata, Umno akan mengeluarkan 'kad undangan' kepada Mahathir
dalam masa terdekat ini dan berharap Mahathir tidak menolak undangan
yang dibuat parti Melayu itu.
Tambah Zahid, tindakan Mahathir sebelum ini lantang mengkritik Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya disebabkan personalitinya yang
tegas, namun segala pendapat atau cadangan yang akan diberikan dalam PAU
sekiranya Mahathir menerima undangan itu, tidaklah perlu disokong
secara bulat-bulat.
"Saya amat yakin surat jemputan akan keluar tidak lama lagi tetapi sama
ada beliau menerimanya atau tidak, terpulang kepada beliau untuk
memutuskannya.
"Majoriti ahli Umno masih menghargai beliau tetapi ada garis antara
menghormati dan menerima pendapatnya. Ia dua perkar berbeza," kata
Zahid.
Dengan undangan yang telah dijelaskan oleh Naib Presiden Umno ini,
masihkah terdapat pihak mahu mengatakan Umno cuba menutup mulut pemimpin
parti yang lantang mengkritik presiden parti??
Dengan ini juga, Mahathir tidak lagi perlu mengeluh mengatakan beliau
tidak mendapat tempat di dalam Umno untuk menyampaikan amanatnya kerana
tempat itu telah disediakan untuk beliau.
Bagaimanapun, apa yang perlu diberi peringatakan kepada Mahathir ialah
jangan menyalahguna peluang yang diberi dengan menyampaikan
hasutan-hasutan kepada ahli-ahli parti supaya membenci presiden parti.
Gunalah peluang yang ada ini dengan sebaiknya, jika tidak nanti meroyan
cakap Umno tidak memberi peluang dan ruang untuk beliau menyampaikan
sesuatu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment