Tuesday, December 01, 2015

Wan Azizah Dakwa UMNO Mahu Bunuh Politik Nurul Izzah

Ekoran pertemuan Naib Presiden Nurul Izzah Anwar bersama Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram yang kini diserang hebat oleh pemimpin kerajaan, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan tindakan pemimpin Barisan Nasiona (BN) itu mahu membunuh karier politik anaknya.

Menurut Wan Azizah, pemimpin kerajaan sengaja memperbesarkan isu bergambar Nurul Izzah bersama Jacel Kiram bagi membunuh kariernya sebagaimana mereka melakukannya kepada bapa Nurul Izzah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wan Azizah berkata, isu bergambar bersama Jacel Kiram merupakan permainan baharu Umno dan BN untuk menjatuhkan PKR di mata rakyat, sedangkan isu tersebut sudah di perjelaskan oleh Izzah kepada umum.

Tambah Wan  Azizah, Nurul Izzah sudah memohon maaf kepada seluruh rakyat di negara khususnya  rakyat di Sabah yang terlibat dengan kejadian pencerobohan pada 2008 itu, namun ia sengaja diperbesar-besarkan oleh pemimpin kerajaan.

"Soal gambar ini sebenarnya satu cara Umno dan BN mahu membunuh watak Izzah dalam dunia politik. Ini permainan bagi mereka sebab itu ia selalu dimainkan.

"Namun Izzah telah memohon maaf dan dia tidak bermaksud untuk melukai hati sesiapa pun," kata Wan Azizah.

Menjadi persoalan, siapa yang mahu membunuh karier anak perempuan Wan Azizah ini?? Rasanya Izzah sendiri yang mahu membunuh kariernya sendiri apabila tidak sensitif dengan perasaan rakyat di negara ini khususnya rakyat Sabah.

Bukannya Izzah tidak tahu Jacel Kiram itu merupakan anak Sultan Sulu yang melakukan pencerobohan pada 2008 lalu, namun dengan hati yang tenang Izzah dapat bergambar dengan Jacel Kiram.

Malah, apa yang menyakitikan hati rakyat di negara ini apabila beliau boleh mengambil gambar selfie bersama Jacel Kiram. Jika gambar candid diambil mungkin kita boleh memaafkan beliau kerana itu bukan satu tindakan yang sengajakan.

Tetapi, Izzah mengambil gambar selfie.. adakah ini satu tindakan yang tidak sengaja?? Tepuk dada dan fikirlah jawapan...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment