Tuesday, December 01, 2015
Mustapa Yakin UMNO Boleh Rampas Kelantan Pada PRU14
KOTA BAHARU : UMNO Kelantan yakin mampu merampas
kembali negeri ini dari tangan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
akan datang, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri
Mustapa Mohamed.
Mustapa berkata ia berdasarkan beberapa faktor utama antaranya
perpecahan dalam PAS pada muktamar tahunan parti itu baru-baru ini serta
penyelesaian beberapa isu nasional yang turut mempengaruhi UMNO ketika
ini.
“Hari ini kita dapati ada anggota PAS yang nak bersama-sama dengan
DAP sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah) dan ada yang masih
setia dengan parti itu.
“Selain itu, kita sedia maklum ada beberapa isu nasional yang
turut pengaruhi UMNO, namun dengan usaha-usaha yang diambil kita yakin
isu-isu berkenaan dapat diselesaikan pada tahun hadapan,” katanya
selepas merasmikan Majlis Penutup Konvensyen UMNO 2015 di sini, hari
ini.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk
Ahmad Jazlan Yaakub, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk
Hanafi Mamat serta Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Kelantan
Datuk Md Alwi Che Ahmad.
Konvensyen selama dua hari yang bermula semalam menghimpunkan lebih 2,000 perwakilan UMNO Kelantan.
Mengulas mengenai konvensyen berkenaan, Mustapa berkata Badan
Perhubungan UMNO Kelantan akan meneliti beberapa usul yang dicadangkan
oleh perwakilan sebagai persiapan menghadapi PRU14 nanti.
“Apa yang penting pelan tindakan (pada masa depan). Ada perwakilan
yang memberi teguran mengenai cara kita bawa diri, ada yang cadangkan
ditubuhkan sebuah institut pemikiran untuk melahirkan lebih ramai
pemimpin muda.
“Insya-Allah kita akan perhalusi dan laksanakan cadangan-cadangan berkenaan.
Namun apa yang lebih penting, ia menunjukkan UMNO Kelantan masih lagi bersatu,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment