Tuesday, December 01, 2015

Pro Kerajaan & Pro Pembangkang : Apa Perbezaan Mereka Yang Kita Tidak Sedar?

image
“Mother of All Battle”, itulah yang meniti di bibir ramai peminat politik tanahair, sekitar 1 tahun sebelum menjelangnya PRU13. Tidak kurang juga yang menggunakan istilah “Do or die”.

Kedua-duanya membawa pengertian yang cukup besar, di mana PRU13 itu nanti adalah titik penentu, samada Barisan Nasional akan terus kekal sebagai parti pemerintah, apabila dihimpit rapat-rapat dengan slogan seperti “Inikalilah” dan “Ubah” ciptaan DAP.
http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/PARLIMEN_090315_TMIAFIF_001.jpg
Fitnah bertebaran di seluruh pelusuk negara, dengan Perdana Menteri menjadi sasaran utamanya. Isu-isu seperti Altantuya, pengundi hantu 40k dari Bangladesh, dan banyak lagi, tidak ubah laksana sekumpulan deruan hujan anak panah fitnah, yang bertujuan untuk menjatuhkan pemerintah pada PRU13 yang lalu. 
Yang haq tetap haq, tidak mampu ditewaskan dengan yang bathil. Tidak kurang pula yang menganggap kemenangan Barisan Nasional sebagai tuah.  Malah lebih membuatkan parti Umno-BN ini kelihatan bertuah, perikatan Barisan Nasional adalah parti pemerintah paling lama mentadbir sesebuah negara di Asia malah parti tertua dunia yang memerintah Paraguay – Parti Colorado tewas pada pilihan raya negara itu pada 2008 selepas memerintah selama 61 tahun.

Itu penangan “mother of all battle” yang menyaksikan tuah masih bersama UMNO. Namun, setelah menang, ahli UMNO sendiri dilihat seperti tidak cuba mempertahankan kemenangan yang diperolehi dari kegetiran PRU13.

Anehnya, segelintir ahli UMNO kini bersifat terlebih bangkang dari pembangkang. Pada ketika ini, samada PAS, PKR atau DAP sekadar menjadi hiasan kepada hidangan, di mana hidangan tersebut disediakan oleh ahli UMNO sendiri.

Apa berbezaan antara penyokong pembangkang, dan kerajaan pada waktu ini?

Bezanya ialah, walaupun telah dibuktikan di mahkamah sebagai bersalah, penyokong-penyokong pembangkang tetap mempertahankan Anwar Ibrahim “at all cost”.  Sebaliknya, kini jelas dilihat ada ahli-ahli UMNO sendiri telah menghukum Najib Razak seteruk-teruknya sekalipun Perdana Menteri belum disabitkan dengan apa-apa kesalahan.

Di mana logik penyokong kerajaan?

Kalaulah PRU13 digelar sebagai “mother of all battle”, apakah boleh kita gelar situasi yang berlaku sekarang ini sebagai “mother of all stupidity”?

Jika dahulu, penyokong-penyokong UMNO menuduh penyokong PAS atau PKR sebagai taksub kepada pemimpin, kini sudah lahir ketaksuban yang serupa di dalam hati dan sanubari ahli-ahli UMNO sendiri kerana masih mendengar hujah-hujah yang diakui sendiri tiada bukti oleh “The Leader from Council of Elders”.

Sedar atau tidak, “baton” telah diserahkan kepada ahli UMNO, untuk terus-terusan mengenakan pembantaian ke atas pimpinan sendiri tanpa henti.

Oleh yang demikian, jangan hairan jika ada pimpinan pembangkang yang lepak santai bersama anak Kiram di luar negara. Status pembangkang kini sudah diambilalih.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment