Tuesday, December 01, 2015
Bertemu Pengganas Sulu Tidak Hormat Perasaan Rakyat – PM
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan
seorang rakyat negara ini mengadakan pertemuan dengan individu yang
mempunyai kaitan dengan pengganas Kiram seperti langsung tidak
menghormati perasaan penduduk negara ini khususnya rakyat Sabah.
Perdana Menteri berkata, sudah tentu kejadian pencerobohan di Lahad
Datu, Sabah pada 2013 oleh pengganas masih segar dalam ingatan.
“Ramai anggota pasukan keselamatan kita yang kehilangan nyawa dengan cara paling zalim pada ketika itu.
“Tindakan seorang rakyat negara kita yang bertemu dan kelihatan
begitu mesra bersama orang yang mempunyai kaitan dengan pengganas Kiram
baru-baru ini langsung tidak menghormati perasaan penduduk negara ini
terutamanya rakyat Sabah,” katanya dalam satu catatan di laman Facebook
miliknya hari ini.
Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam satu
kenyataan mengakui beliau bertemu dengan anak perempuan bekas ketua
pengganas kumpulan bersenjata Kiram, Jacel Kiram.
Beliau mendakwa pertemuan yang diadakan di Filipina bersama-sama
dengan Ahli Parlimen Batu Tian Chua itu adalah sebagai sebahagian
daripada rombongan PKR untuk bertemu dengan pelbagai pihak
berkepentingan negara itu.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memberitahu, majlis
itu dianjurkan Majlis Hal Ehwal Filipina dan Institut Asia bagi
Demokrasi, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden
Filipina.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment