Tuesday, December 01, 2015
Rakyat Sabah Terasa Hati Individu Tertentu Jumpa Dalang Serangan Pengganas
PEKAN : Rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, terasa
hati dengan tindakan individu tertentu dari negara ini berjumpa dengan
pihak yang mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad
Datu pada 2013.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perbuatan itu
bagaikan tidak menghormati perjuangan anggota keselamatan mempertahankan
negara sehingga 10 daripada mereka terkorban dalam insiden itu.
“Rakyat Sabah tentu tersentuh hati jika ada sesiapa tidak
hormati pengorbanan anggota keselamatan ini… mereka hilang nyawa dengan
cara zalim.
“Apatah lagi kalau mereka lihat ada orang yang berbaik-baik dan
kelihatan mesra dengan mereka yang mempunyai kaitan menyebabkan anggota
keselamatan kita terkorban,” katanya ketika berucap di majlis Rela
bersama Perdana Menteri di Dataran Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini
hari ini.
Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan
Mohamed, Ketua Pengarah Rela Datuk Kamariah Mohd Noah dan Setiausaha
Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Saffian Ismail.
Walaupun tidak menyebut nama individu terbabit, kenyataan Najib itu
dipercayai merujuk kepada tindakan Naib Presiden PKR yang juga Anggota
Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, berhubung pertemuan
kontroversinya dengan Jacel H.
Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013.
Berikutan itu, sidang Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan usul
menghalang beliau dan seorang lagi Naib Presiden PKR yang juga Anggota
Parlimen Batu, Tian Chua daripada memasuki Sabah.
Sementara itu, Najib berkata kestabilan politik yang jitu merupakan
asas utama kepada keselamatan negara ketika berhadapan dengan ancaman
keselamatan baharu dan lama ketika ini.
“Jika politik dalam keadaan tidak stabil, negara akan bergolak, sama
seperti apa yang sedang berlaku di sesetengah negara seperti Syria,
Tunisia, Mali dan negara Eropah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment