Monday, August 17, 2009

Nik Aziz Bagi "Lesen Besar" DAP Hina Islam !!

Kota Bharu -- Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merestui perbuatan pemimpin DAP yang berani dan lantang menghina Islam seolah-olah memberi "lesen besar" kepada orang kafir untuk terus menghina agama Islam.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Hj Mohd Afandi YUsof berkata dengan menyokong, seolah-olah Nik Aziz membuka ruang seluas-luasnya kepada mana-mana pihak, termasuk musuh Islam dalam dan luar negara untuk terus melakukan penghinaan terhadap Islam.
Tegasnya, tanggungjawab orang Islam adalah apabila agama Islam dihina seseorang itu mesti mempertahankan Islam, membela Islam, bersatu menegur dan bertindak menyekat atau menghalang perbuatan biadap kuffar tersebut.
"Bahkan kita umat Islam diajar supaya berjihad dengan nyawa, harta dan darah demi mempertahankan kesucian Islam, namun apa yang menyedihkan kita ialah Nik Aziz menyokong dengan menyebut perkara itu sebagai wajar. "Apabila ada orang Islam sendiri yang menyokong perbuatan menghina Islam, maka orang kafir akan naik tocang, besar kepala dan makin berani untuk terus menghina dan melakukan pengkhianatan terhadap Islam.
"Jika dilihat dizaman Rasulullah memimpin negara Islam Madinah, tidak ada seorang pun sahabat atau mana-mana ulamak yang berani menyokong perbuatan menghina Islam, bahkan Rasulullah apabila berdakwah kepada sesebuah kerajaan kuffar, baginda memberi dua tawaran, samaada menyerah diri dengan menerima Islam atau pilihan kedua iaitu perang, ini sunnah Rasulullah menjaga Islam", katanya.

Kata beliau lagi, jika Datuk Nik Aziz ada nas ataupun hadis yang menyokong pandangan beliau bahawa umat Islam digalakkan atau dibenarkan menyokong orang kafir yang menghina Islam, bahkan sanggup bersekongkol dengan golongan penghina ini, beliau diminta kemukakan bukti.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Serentak itu, beliau menggesa Nik Aziz menarik balik kenyataan beliau bahawa orang kafir dibenarkan menghina Islam kerana tindakan tersebut dilihat sebagai membelakangi sunnah agama, mencemarkan kedaulatan Islam, dengan meletakkan politik dan kuasa lebih utama daripada Islam.

"Sedangkan hadis nabi jelas menyebut, bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada agama yang lebih tinggi daripada Islam. Demi untuk menyelamatkan kuasa dan kedudukan politik, segala kemungkaran yang dilakukan oleh kerabat Pas iaitu DAP terhadap Islam, tetap disokong oleh Nik Aziz. "Kita masih ingat satu ketika dulu, apabila timbul isu 'karikatur nabi Muhammad' dengan ada pihak melukis gambar menghina Rasulullah, umat islam seluruh dunia bangkit menentang perbuatan tersebut, termasuk UMNO dan Pas.

"Tetapi bila timbul isu DAP hina Allah dan Rasul, Pas pertahankan bahawa tindakan menghina Islam itu sebagai suatu yang wajar", katanya. Beliau juga turut mencabar Dewan Ulamak Pas dan seluruh pemimpin Pas agar bahawa kita sebagai orang mengemukakan hujjah bahawa Islam membenarkan menyokong perbuatan menghina Islam, menghina Allah dan Rasul.

"Kalau Dewan Ulamak Pas juga senyap membisu tanpa sebarang kenyataan, takutkan bayang-bayang sendiri sehingga tidak berani menyatakan kebenaran membela Islam, kerana menjaga kepentingan perut dan periuk nasi masing-masing."..... maka mereka juga termasuk dalam apa yang disebut oleh Rasulullah sebagai syaitan bisu...penakut/tidak berani dalam menyatakan kebenaran, dianggap sebagai syaitan bisu', katanya.
Oleh : Yus Iskandar

No comments:

Post a Comment