Monday, August 17, 2009

Tiada Maaf Bagimu Wahai Pengkhianat Pelampau Negara!!

Mufti Perak, Tan Sri Harussani menggesa dan menyarankan agar pihak kerajaan melucut kerakyatan mana-mana individu yang terbukti menghina mana-mana Raja-Raja Melayu. Beliau menegaskan bahawa institusi DiRaja merupakan asas kemakmuran dan keamanan negara sejak merdeka. Beliau juga mengatakan bahawa setiap umat Islam di Malaysia wajib mempertahankan Islam dari serangan mana-mana pihak dan tidak bertindak menyokong penghinaan itu walau dengan "apa jua alasan" sekalipun.
Mungkin ada sesetengah pihak terutamanya penyokong PAS yang mendakwa bahawa Tan Sri Harussani adalah "ulama UMNO". Malah ada juga yang mencemuh beliau dengan pelbagai tuduhan. Sedangkan Mufti Perak ini tidak pernah sekalipun terlibat di dalam kancah pertikaian politik negara. Mufti Perak ini dilihat agak "vokal" untuk menyeru umat Islam di Malaysia tidak kira dari mana-mana parti untuk merujuk kembali segala persoalan dan isu kepada agama Islam tanpa sebarang kepentingan politik kepartian.

Atas teguran dan "suara"nya, Mufti Perak ni pernah dikritik oleh ramai pihak sama ada dari UMNO mahupun PAS. Harussani pernah dikritik oleh pemimpin UMNO pada isu murtad dan PAS mengecamnya apabila beliau menyuarakan tentang isu "penyatuan umat Islam di Malaysia". Pada pendapat saya, Harussani benar-benar hebat sebagai Mufti kerana begitu teguh sekali prinsipnya yang merujuk segala permasalahan hidup kepada tunjang pegangan Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau berjaya membuktikan bahawa beliau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Sahibul Samahah untuk menyedarkan umat Islam di Perak dan umumnya di Malaysia. Beliau juga disegani kerana berani menyuarakan yang pendirian Islam mengenai yang haq dan yang batil.
Mengapakah sejak akhir-akhir ini Islam dan Institusi DiRaja menjadi bahan serangan? Siapakah yang menyerang? Apakah sebab Islam dan Raja-Raja Melayu menjadi "mangsa"? Kini muncul pihak yang tidak tahu sejarah perlembagaan, "jus soli" dan terma "social kontrak", namun berani menuntut status "bumiputera", hanya beralasan dengan "surat beranak"nya yang menunjukkan dia dilahirkan di negara ini. Muncul juga pihak yang berani menuduh Islam dan syariatnya sebagai "ekstreme".
Pihak ini jelas menghina dan tidan menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara dan majoriti penduduk Malaysia. Apabila didesak untuk meminta maaf, pihak itu hanya sekadar "menarik balik" katanya, "minta maaf" tidak sekali-kali. Begitu kurang ajar sekali pihak itu. Muncul pula pihak yang menghina Raja-Raja Melayu. Bila ditanya, tidak mengaku pula! Padahal, "sahabat" se"pakatan"nya yang menulis dan mendakwa dialah yang "penulis blog yang terlampau" itu. Kurang ajar betul mereka sekarang!!!Mengapa mereka kurang ajar begitu? Kerana Melayu kini lemah.
Kerana Melayu telah berjaya dipisahkan kuasa politiknya melalui Anwar dan PAS. Terpecah tiga! Malah kewujudan pengkhianat bangsa seperti Anwar yang menyebabkan melayu semakin lemah. Si Kitul alaf baru ini meracuni minda rakyat dengan racun pidato retoriknya. Akhirnya melayu-melayu yang kurang berfikir ini "jatuh ke tangan" si pengkhianat ini. Apatah lagi Anwar disokong kuat oleh Mursyidul Am agama PAS. Apatah lagi UMNO dipimpin oleh pemimpin yang "lemah lembut", makin melampaulah UMNO diserang.
Melihat keadaan Melayu yang lemah inilah, maka sesetengah pihak mula memasukkan jarum agendanya yang "melampau"!Hakikatnya, Melayu masih "lena". Melayu yang lena ini masih nyenyak dibuai mimpi indah DAP dan Anwar. Selain dari yang "nyenyak", ada juga yang "nyanyuk". Yang "nyanyuk" ini pula menggunakan pegangan politik sebagai "agama"nya. Apa saja yang dilakukan oleh partinya dan parti sahabat-sahabatnya, semuanya baik dan menurut Islam katanya. Tapi apa saja yang dilakukan oleh UMNO walaupun benar-benar mengikut Islam, tetap si "nyanyuk" ini katakan "haram" dan "salah".
"Walhalallukuuu, walharammumu". Itulah konsep "nyanyuk". Saya tidak mahu merayu atau mencadangkan untuk pihak yang "nyanyuk" itu keluar dari "Perosak Rakyat", cuma saya minta agar Allah berikan sedikit hidayah petunjuk yang akan menyedarkan mereka dari "nyenyak" dan "nyanyuk". Mintalah agar mereka "sedar", demi Islam, Melayu dan Tanahair kita.
Oleh kerana Melayu lemah inilah maka muncul pihak-pihak yang kurang ajar! Kalau dirujuk kepada sejarah kepimpinan sebelum-sebelum ini, ISA memainkan peranan penting dalam menangani tindakan "melampau" pihak yang tidak sedar diri ini. Contohnya seperti "Operasi Lalang". Oleh kerana pihak kerajaan ketika itu mendapat maklumat bahawa satu gerakan yang mampu menimbulkan kekacauan, huru-hara dan mengancam keselamatan rakyat dan tanahair, maka mereka-mereka yang didapati terlibat telah ditahan dibawah akta ini. Itulah penting wujudnya ISA. Tapi jangan takut pula dengan ISA, akta itu tidak tertakluk kepada mana-mana individu yang tidak mengancam keselamatan negara.
Orang yang tidak bersalah tidak akan ditahan pun!Kerajaan mempunyai beberapa "option" atau pilihan berkenaan perkara ini. Tan Sri Harussani mencadangkan agar dilucutkan kewarganegaraan. Ada juga pemimpin yang menggesa supaya di"ISA"kan sahaja. Kedua-dua cadangan ini dilihat berkesan untuk menangani pelampau. Tiada lagi "maaf" bagimu. Minta maaf berapa banyak sekalipun tidak akan dikompromi lagi. Cukup! Sebelum ini pun sudah ramai yang "melampau" dan minta maaf. Namun mereka masih mengulangi perkara yang sama.
Hakikatnya, pelampau-pelampau ini harus diberikan pengajaran yang lebih berkesan. Mana-mana individu yang pernah di"ISA"kan sebelum ini dan mengulangi perbuatan melampau mereka haruslah dibuang dari tanah tumpah darah ini. Lucutkan kewarganegaraan mereka! Ini boleh dikategorikan sebagai pelampau kelas A. Manakala mana-mana pelampau B iaitu yang belum pernah di"ISA"kan, haruslah ditahan dibawah akta tersebut dan mestilah di"brainwash" ketika berada di dalam tahanan. Jika mereka mengulangi perkara yang sama selepas menjalani tahanan ISA, maka mereka juga akan menerima nasib yang sama seperti pihak pelampau kelas A. Amacam? Setuju?
Oleh : MyKMU.net

No comments:

Post a Comment