Monday, August 17, 2009

Rupanya Hassan Ali Cuma "Hangat-Hangat Tahi Ayam"!

Pada mulanya, tindakan Hasan Ali, exco kerajaan Selangor dianggap sebagai jaguh oleh kebanyakan orang apabila beliau melawan arus dan berdepan dengan rakan karib politik beliau iaitu DAP di Selangor.

Beliau bermati-matian 'berperang' agar arak diharamkan di Selangor. Liputan berita demi berita mengenai 'kejaguhan' Hasan Ali telah berkemundang di media-media terutamanya media siber Pas.Mereka menulis serta mengambarkan Hasan Ali sebagai seorang jaguh Islam yang tidak takut dan tidak gentar untuk menegakkan kebenaran dan syiar Islam.


Komentar-komentar di web-web pro-Pas juga memberikan komentar serta pujian yang menggunung kepada Hasan Ali. Pokoknya, Hasan Ali adalah saviour atau penyelamat umat Islam di Selangor ini!Rupa-rupanya, sandiwara Hasan Ali hanya sekejap sahaja dan hati beliau terlentur layu dek kebijaksanaan DAP menguasai dan mengawal rakan politik mereka, parti Pas."


Dua exco kerajaan Selangor yang bertelagah berhubung isu penjualan arak hari ini berdamai secara terbuka di depan wartawan di sidang media khas Pakatan Rakyat.


"Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya Pas negeri, dan Ronnie Liu, seorang ahli jawatankuasa pusat DAP, berjabat tangan di depan media, selain mengadakan sidang akhbar bersama."Turut hadir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatkan pergeseran terbuka antara kedua-dua 'sudah selesai'."Masalah yang digembur-gemburkan di media tentang (isu di) Selangor itu telah selesai dengan baik. Dan ada bersama di sini, Menteri Besar (Selangor), Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Dr Hasan dan Ronnie."Saudara boleh ambil gambar mereka, kalau hendak salam, ikutlah," kata Anwar berseloroh.....


Dan seperti biasa pemimpin-pemimpin pembangkang tidak akan lari dari perangai buruk mereka dengan menyelit nama parti lawan mereka dan menyalahkan pihak media di atas isu mereka itu......Hasan, exco hal-ehwal Islam, dan Ronnie, exco kerajaan tempatan, dalam sidang media bersama selepas sidang media Anwar, menyifatkan “masalah kecil” antara mereka sengaja diperbesar-besarkan Umno dan media yang mahu mengambil kesempatan.... - MalaysiaKini Kini parti Pas sudah kehilangan topik dan tidak boleh lagi mendabik dada kerana Hasan Ali, 'hero' mereka telah 'menyerah kalah' kepada DAP dan PKR. Beliau juga begitu senang menyalahkan orang lain serta mengaburi harapan ahli-ahli Pas yang benar-benar mahukan seorang pejuang yang ikhlas di dalam parti tersebut.


Nik Aziz sudah tidak boleh diharapkan sebagai 'hero' parti Pas lagi dek 'tersasul' dan 'keringanan' mulut beliau yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.Persoaannya sekarang, siapakah 'hero' parti Pas selepas ini?Pastinya, think tank parti Pas dan media pro-Pas sedang bertungkus lumus untuk mencipta seorang lagi 'hero' di dalam Pas agar parti tersebut tampak aktif dan sentiasa relevan! Mereka juga semakin terdesak kerana pilihanraya kecil Permatang Pasir semakin hampir!


Oleh : Dr. Novandri Hasan Basri

No comments:

Post a Comment