Thursday, February 10, 2011

MB Selangor meragam SUK bukan pilihannya


SHAH ALAM – 04 Jan – Selepas enam tahun mencapai status Negeri Maju Pertama di Malaysia pada 2005, tiada siapa menyangka Selangor kini terpaksa berdepan dengan masalah yang dianggap kritikal kepada kemajuannya apabila pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru terus mendapat tentangan kerajaan negeri.

Perkembangan tidak sihat itu yang bakal memberi kesan buruk kepada negeri dan rakyat semakin panas semalam apabila Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan, majlis angkat sumpah Datuk Mohamad Khusrin Munawi selaku SUK yang dijadualkan pada Khamis ini tidak akan diadakan.

Beliau juga mengharamkan SUK baru itu daripada menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri.

Bagaimanapun, ketika bercakap kepada pemberita selepas memasuki pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini semalam, Mohamad Khusrin menegaskan, beliau tetap meneruskan tugasnya.

Dipetik daripada : www.kpmu.net

No comments:

Post a Comment