Wednesday, February 23, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M

Pada 18 Februari 2011, telah berlangsungnya Sambutan Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M anjuran Jawatankuasa Surau An-Nur, Kg. Panchor. Program ini telah dimulakan sejak awal pagi dengan acara gotong royong menyembelih, menyiang dan memasak daging lembu untuk jamuan bersempena program Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M.
.
Program ini telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan penduduk-penduduk serta jemaah Surau An-Nur, Kg. Panchor.
.
Di sebelah malamnya pula, acara kemuncak Maulidur Rasul di serikan dengan ceramah Maulud yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Sheikh Ismail Hj Hashim, Pengarah Dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
.
Ceramah beliau bermula selepas solat Maghrib dan berakhir pada jam 9.30 malam. Ceramah beliau benar-benar mendapat sambutan hangat daripada semua jemaah yang berkesempatan hadir.
.
Tahniah diucapkan buat sekelian jawatankuasa yang telah berjaya menganjurkan program ini.
.
Ketika kerja-kerja penyembelihan dijalankan
Suasana di awal pagi
Menyinag lembu yang disumbangkan oleh salah seorang jemaah
Ini pula suasana di sebelah malam ketika ceramah Maulud berlangsung



Ustaz Sheikh Ismail Hashim menyampaikan ceramah





















.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment