Wednesday, February 23, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M

Pada 18 Februari 2011, telah berlangsungnya Sambutan Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M anjuran Jawatankuasa Surau An-Nur, Kg. Panchor. Program ini telah dimulakan sejak awal pagi dengan acara gotong royong menyembelih, menyiang dan memasak daging lembu untuk jamuan bersempena program Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M.
.
Program ini telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan penduduk-penduduk serta jemaah Surau An-Nur, Kg. Panchor.
.
Di sebelah malamnya pula, acara kemuncak Maulidur Rasul di serikan dengan ceramah Maulud yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Sheikh Ismail Hj Hashim, Pengarah Dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
.
Ceramah beliau bermula selepas solat Maghrib dan berakhir pada jam 9.30 malam. Ceramah beliau benar-benar mendapat sambutan hangat daripada semua jemaah yang berkesempatan hadir.
.
Tahniah diucapkan buat sekelian jawatankuasa yang telah berjaya menganjurkan program ini.
.
Ketika kerja-kerja penyembelihan dijalankan
Suasana di awal pagi
Menyinag lembu yang disumbangkan oleh salah seorang jemaah
Ini pula suasana di sebelah malam ketika ceramah Maulud berlangsung



Ustaz Sheikh Ismail Hashim menyampaikan ceramah





















.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Sunday, February 13, 2011

Mesyuarat Agong Gabungan Aktiviti KEMAS 2011

Mesyuarat Agong Gabungan Aktiviti KEMAS
Kampung Panchor
Bagi Tahun 2011
.
11 Februari 2011
.
Bilik Gerakan Daya Wawasan (GDW)
.
.
Satu Mesyuarat Agong Gabungan Aktiviti KEMAS Kg. Panchor telah diadakan dengan jayanya. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mustafa Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lenggeng. Program in telah turut dihadiri oleh Tn Hj Hasan Sulan, Ketua UMNO Cawangan Panchor, En Manaf Ujang (Setiausaha JKKK) Kg Panchor, Pn Norazizi Leman (Penyelia Pra Sekolah KEMAS selaku wakil Pegawai KEMAS Daerah Seremban, Ustazah Hamidah Penyelia Unit Pendidikan Masyarakat (CPM), serta sekelian masyarakat yang berkesempatan hadir.
.
Menerusi program ini, majlis telah turut berkesempatan menyampaikan penghargaan buat keluarga Allahyarham Tn Hj Safiei Mohd Amin (Bekas Pengerusi JKKK) yang meninggal dunia baru-baru ini serta penghargaan buat En Aziz Ahmad yang pernah menjadi Pengerusi KEMAS selama beberapa tahun dan juga Pn Hjh Noriah Ibrahim yang bersara mulai tahun ini.
.
Melalui Mesyuarat Agong Tahun 2011 ini terdapat banyak muka-muka baru yang telah dilantik namun, Pengerusi Gabungan Aktiviti KEMAS iaitu Sdr Syamsul Amri Ismail, Timbalan Pengerusi En Mohd Nor Hasan, Pn Fatimah Saidan (Setiausaha) dan Pn Maimunah Ismail (Bendahari) dikekalkan tanpa sebarang perubahan.
.
Semoga KEMAS di Panchor akan beraktiviti dengan lebih rancak lagi pada tahun 2011 ini, mudah-mudahan.
.
Orang ramai mulai hadir
Persiapan kerusi meja di bawah khemah jamuan
Di Tabika sedang sibuk dengan persiapan makanan
Bertungkus lumus sebelum majlis bermula
Menyusun atur kuih-muih yang bakal dihidangkan
Sdr Mahat sedang sibuk membetulkan ikatan tali khemah

Sempat bergaya pulak tu....
YB Tuan Mustafa Salim ketika baru tiba ke mesyuarat Agong ini
Berbicara bersama beberapa orang AJK Gabungan KEMAS
Suasana di dalam Bilik GDW dimana Mesyuarat Agong bakal berlangsung






Pn Maimunah Ismail mempengerusikan acara Pn Norazizi Leman selaku wakil Pegawai KEMAS Daerah
YB Tuan Mustafa Salim menyampaikan ucapan perasmian


Pelbagai amanat dan pesanan disampaikan
Ketika penyampaian hadiah buat kesemua ahli Jawatankuasa










En Manaf menerima hadiah selaku wakil kepada keluarga Allahyarham Tn Hj Safiei bin Mohd Amin

En Aziz Ahmad menerima Anugerah Jasamu Dikenang diatas sumbangan menjadi Pengerusi KEMAS sehingga tahun 2009
Pn Noriah menerima Anugerah Jasamu Dikenang di atas persaraan mulai Februari 2011



Sdr Syamsul menyampaikan cenderahati buat YB Tuan Mustafa di atas kesudian hadir ke program ini

Mesyuarat Agong pun bermula...
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Hj Hasan bin Sulan


Semua menjamu selera sebaik sahaja Mesyuarat Agong berakhir



.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR