Monday, April 22, 2013

DAP Macam Kopitiam


22 April 2013


Teo Nie Chin
Pernahkah anda berjumpa kegilaan ini – Seorang calon Parlimen bagi sebuah parti bertanding turut bertanding sebagai calon bebas untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum yang sama?

Ia hanya berlaku kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP). Parti yang mendakwa mempunyai akan memngubah Malaysia menjadi sebuah negara cekap dan efisyen. Sebaliknya sejak enam bulan lalu mereka berhadapan dengan tuduhan penyelewengan dalam pemilihan parti dan sekarang pemberontakan besar-besaran dalam parti.

Calon DAP bagi Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him mengejutkan banyak pihak dalam parti tersebut apabila dia mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas di DUN Kota Laksamana yang sebelum ini disandang Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

DAP sebenarnya mencalonkan Lai Keun Ban untuk menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Chiw Tiang Chai. Namun diluar jangkaan Sim Tong yang mendaftar sebagai calon ahli Parlimen Kota Melaka untuk DAP turut mendaftar untuk calon DUN Kota Laksamana.

Hanya dalam DAP kita boleh berjumpa cerita pandiran seperti ini. Ini samalah seperti mereka mengubah keputusan pemilihan parti mereka atas alasan komputer salah kira.

Selain itu, DAP juga berhadapan dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Kawasan Teratai, Janice Lee. Janice Lee sebagai salah seorang pemimpin DAP membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas bagi kawasan yang sama. Sehingga kini tidak pasti mengapa Janice yang popular dalam DAP memutuskan untuk bertanding atas tiket bebas bukannya tiket DAP.

Bekas Ahli Parlimen Seremban (DAP), John Fernandez mengambil keputusan untuk mempertahankan kerusi itu atas tiket Bebas setelah tidak berpuas hati dengan cara DAP melayan kaum India. Sungguhp0un Fernandez menang dalam pilihan raya 2008 atas tiket DAP, namun parti tersebut mengambil keputusan untuk mencalonkan Loke Siew Fook kali ini.

Turut sama memutuskan untuk bertanding bebas walaupun menang atas tiket DAP pada 2008 ialah bekas ADUN Kota Darul Aman, Liew Kard Seong, bekas ADUN Mengkibol (Johor), Ng Lam Hua.

Selain itu, wakil rakyat DAP paling banyak berpindah-randah meninggalkan kawasan yang mereka menangi pada 2008. Tindakan ini mungkin dibuat atas dasar penolakan pengundi setempat terhadap sebahagian wakiol rakyat DAP yang tidak memberi perkhidmatan yang memuaskan.

Lim bermula dengan Bandar Melaka (1969–1974)diikuti oleh Kota Melaka (1974–1978),
Petaling Jaya (1978–1982), Kota Melaka (1982–1986), Tanjong (1986–1999), Ipoh Timur (2004-2013)

Kali ini Teo Nie Ching turut mengambil jejak langkah Kit Siang. Beliau meninggalkan Parlimen Serdang untuk bertanding di Kulai, Johor.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment