Monday, April 22, 2013

Pemimpin PR Ugut Dedah Penyelewengan, Punca Mat Taib Menyertai PAS?


22 April 2013


Mat Taib - PAS
Sekejap tadi, PAS mengadakan sidang media khas sempena majlis menerima kemasukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai ahli PAS.

Tindakan bekas Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya itu bagaimana pun tidak mengejutkan kerana selepas tewas dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO beberapa tahun lalu, beliau lebih banyak mendiamkan diri.

Hatta perkembangan UMNO Kelana Jaya diterajuinya juga tidak diambil tahu selepas sengaja diabaikan selama 4 tahun, entah apa sebabnya orang UMNO di Kelana Jaya pasti mengetahui ceritanya.

Namun menurut Mat Taib, tindakannya menyertai PAS kerana percaya hanya parti itu yang boleh membawa Malaysia ke arah Islam dan kerana itu beliau menyokongnya.

Alasan streotype sebegini bukan pertama kali kita dengar, sudah acap kali terutama dari kalangan bekas pemimpin UMNO yang kecewa, seolah-olah mereka baru sahaja mengenali Islam.

PAS yang bersekongkol membiarkan PR teguh mendukung pendirian bahawa kalimah Allah S.W.T boleh digunakan untuk kitab Bible, sanggup disokongnya, nampak sangat betapa naifnya Mat Taib.

Ada desas-desus menyebut, tindakan Mat Taib menyertai PAS disebabkan ugutan oleh pemimpin PR di Selangor yang mengancam untuk mendedahkan penyelewengan yang dilakukannya sepanjang menjadi MB.

Entah apa jenis penyelewengan kita tidak pasti, namun buat masa ini kita masih mengusahakan maklumat dan pengesahan selanjutnya dari beberapa sumber dalaman PAS dan PKR.

Maklumat lain menyebut ia melibatkan kepentingan perniagaan, bagaimana pun untuk sementara waktu sumber meminta perkara ini di biarkan seketika untuk melihat sejauh mana langkah Mat Taib.

Apa pun, yang pastinya penyertaan Mat Taib bersama PAS hanyalah satu bentuk silap mata politik yang tujuan utamanya untuk menjaga kepentingan diri sendiri. Soal pihak itu Islamik atau tidak hanyalah temberang politik sahaja.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment