Monday, April 22, 2013

Umur Sudah Cecah 72 Tahun Tapi Masih Menipu Rakyat


23 April 2013


lks menangis
Februari 2013 lalu, umur Lim Kit Siang mencecah 72 tahun. Ia merupakan satu usia yang cukup panjang untuk seorang ahli politik. Daripada pemimpin politik muda yang penuh rasa marah dan idealis, Kit Siang akhirnya mencapai ke tahap supremo dalam DAP dan politik orang Cina.

Malangnya, usia yang tua tidak menjadikan Lim Kit Siang seorang negarawan mahu pun tokoh politik yang dihormati. Pada Khamis dan Jumaat yang lalu, Kit Siang mengadakan dua sidang media dan menangis di hadapan kamera TV kononnya DAP telah dianiaya oleh Pendaftar Pertubuhan.

Sungguhpun Pendaftar Pertubuhan mengeluarkan kenyataan bahawa DAP masih boleh bertanding atas lambang parti tersebut, Lim Kit Siang masih tetap mementaskan opera cinanya.

Pada jumaat petang, Kit Siang yang sudah menjangkau usia 72 tahun mengumumkan bahawa DAP akan menggunakan logo Pas dan PKR dalam pilihan raya umum ini. Sidang akhbar yang dirancang dengan tangisan dan menyatakan kesedihan bahawa setelah berdekad-dekad beliau bertanding dalam pilihan raya inilah kali pertama beliau tidak dapat menggunakan lambang roket DAP.

Sebelah malamnya pula, calon-calon DAP sibuk menayangkan watikah calon dari parti Pas. Pas pula begitu bangga seolah-olah ia berjaya mengislamkan DAP.

dap-pas
Hakikatnya semua itu hanyalah sandiwara Kit Siang. Pada hari penamaan calon, semua calon DAP mengemukakan borang pencalonan mengemukakan watikah DAP dan tiada satu pun ditolak.


Jika Kit Siang tidak berniat menipu sudah tentu beliau mengumumkan DAP akan menghantar borang menggunakan watikah wakil DAP. Jika ditolak akan menggunakan surat kebenaran bertanding dari Pas dan PKR. Namun ini tidak dijelaskan, Kit Siang memainkan opera cina bagi meraih simpati orang Cina kononnya partinya dianiayai oleh BN. Inilah politik perkauman baru DAP. Mereka menghasut orang Cina membenci BN seolah-olah BN menjadi alat UMNO untuk menindas orang Cina yang berada dalam DAP.

Sampai bila rakyat Malaysia mahu ditipu dan dihasut api kebencian oleh Kit Siang anak beranak ini?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment