Wednesday, April 10, 2013

PAS Sahkan Aisyah Sebagai Calon, Abby Abadi dan Azwan Ali Gigit Jari?


9 April 2013


Aishah
PAS hari ini mengesahkan bekas Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih popular dengan nama Aisyah akan mewakili parti tersebut bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan. Beliau muncul artis pertama disahkan bertanding.

Pengumuman yang dibuat oleh Presiden Parti Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tadi menamatkan konflik dua calon bagi kerusi Parlimen tersebut. Mykmu.net sebelum ini melaporkan,
Penyanyi Aishah yang popular dengan lagu “Janji Manis Mu” pasti pening kepala apabila mendapati nama beliau sebagai calon Ahli Parlimen Jempol untuk Pas sebenarnya bertindih dengan nama Ketua Dewan Pemuda Pas negeri.
Pengumuman nama dua calon oleh Pas bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan hanya menampakkan bahawa Pas negeri dan Pusat tidak sehaluan dalam pemilihan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ini kerana, nama pertama diumumkan pada Ahad lalu, Mohd. Fairuz Mohd. Isa yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, adalah calon pilihan Pas Negeri Sembilan.
Pengumuman nama Mohd. Fairuz dibuat sendiri oleh Pesuruhjaya Pas II Negeri Sembilan, Abd. Rahman Ramli kepada media dalam satu program di Felda Raja Alias Empat di sini, yang turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Calon kedua pula, Wan Aishah Wan Ariffin iaitu penyanyi yang lebih dikenali sebagai Aisyah dan popular dengan lagu Janji Manismu, merupakan calon pilihan Pas Pusat.
Ini merupakan kali pertama artis yang pernah popular akan cuba bertanding dalam pilihan raya. Sebelum ini terdapat artis dilantik sebagai Ahli Dewan Negara seperti Tan Sri Jins Shamsuddin.

Banyak artis-artis yang telah hilang populariti menyertai Pas untuk membina semula nama mereka melalui pentas politik mengharapkan untuk menjadi calon Pakatan dalam pilihan raya akan datang. Antara yang mengharapkannya ialah bekas pelakon seksi Abby Abadi, bekas Pelakon Leftenan Adnan, Hairie Othman, dan bekas pelawak, Bob Lokman dan bekas penyanyi Akhil Hayy dan Waheeda.

Bagaimanapun bagi Abby yang begitu kontroversi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tampak menjatuhkan imej Islam dan menghina orang Islam yang tidak menyokong Pas, peluang beliau untuk dicalonkan mungkin telah terkubur. Ini berikutan janji blogger Sanggah Tok Janggut untuk mendedahkan aktiviti beliau semasa menjadi penceramah Pas. (Baca: Skandal RM50,000, Saya Boleh Jawab Semua Tuduhan – Abby Abadi.

Pas pasti terpaksa berfikir sepuluh kali untuk mencalonkan Abby sungguhpun ketaksuban beliau kepada Pas hampir setaraf kumpulan Ibrahim Libya suatu ketika dahulu.

Nasib Hairie Othman dan “Mualaf” Bob Lokman mungkin lebih baik kerana mereka tidak mempunyai kontroversi besar buat masa ini.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment