Monday, April 22, 2013

PRU 13 : Calon BN Carian Popular di Google


22 April 2013


GOOGLE SEARCH TREND
Sejak kemerosotan BN dalam pilihan raya 2008, parti telah melakukan pelbagai pembaharuan dan transformasi bagi memulihkan keyakinan rakyat. Antaranya termasuklah melantik Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang baru menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mohd Najib telah melakukan pelbagai transformasi dan pembaharuan seiring dengan kehendak generasi muda tanpa mengabaikan sokongan dari pengundi setia kepada BN selama ini. Selain perubahan polisi dan cara pentadbiran, Mohd Najib juga menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjayakan gerakan media sosial secara bersungguh.

Sehingga 19 April lalu, carian di enjin pencari paling popular, Google.com menunjukkan minat yang begitu memberangsangkan generasi muda dan pengguna alam maya terhadap calon-calon BN berbanding calon PKR, Pas dan DAP. Ini memberi indikator bahawa golongan muda yang selama ini dikatakan menjauhi BN sudah menunjukkan aliran minat yang cukup besar terhadap perkembangan BN.

Harapan kita semoga minat ini akan diterjemahkan dalam kertas undi pada 5 Mei 2013 nanti.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment