Tuesday, November 11, 2014

Rang Undang-Undang Tambah Kerusi Tiada Kaitan Perebutan, Pembahagian Kerusi BN di Sarawak.

12 November 2014 - Rang Undang-Undang Dewan Undangan Negeri (Kompoisi Keahlian) 2014 bagi menambah bilangan kerusi DUN daripada 71 kepada 82 tiada kaitan dengan masalah perebutan dan pembahagian kerusi antara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya menurut Speaker DUN Datuk Amar Asfia Awang Nassar, ia bertujuan menampung pertambahan populasi penduduk yang semakin ramai sepanjang tempoh lapan tahun ini.

Katanya di bawah artikel 113 (2)(ii) Perlembagaan Persekutuan, selepas tempoh lapan tahun, kerajaan negeri boleh meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula dan menambah bilangan kerusi.

“Perkara ini adalah tidak benar. Pindaan ke atas rang undang-undang ini bagi membolehkan bilangan kerusi DUN ditambah bukan bertujuan untuk menyelesaikan perebutan dan pembahagian kerusi yang berlaku antara parti-parti komponen BN.

“Seperti yang telah saya jelaskan, kerajaan negeri boleh meminta SPR mengkaji semula pertambahan bilangan kerusi DUN yang mana kemudiannya memerlukan pindaan ke atas rang undang-undang berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Pra-Persidangan DUN di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini semalam yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Negeri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Sumber : Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment