Monday, March 14, 2011

Nik Aziz akui kenyataannya pecahkan perpaduan umat Islam

5 Mac 2011, KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kenyataan politiknya ketika berkempen dalam pilihan raya boleh menyebabkan umat Islam di negara ini berpecah-belah.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, dalam perjuangannya mempertahankan parti terdapat kenyataan dikeluarkan beliau akan menyebabkan ada pihak yang menyokong kenyataannya dan ada pihak yang menentang pandangannya.

“Malah, isu pecah belah di kalangan umat manusia berlaku sejak zaman Nabi Muhammad (S.A.W) dan Nabi Adam (A.S) lagi,” katanya semasa menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan fatwanya sendiri ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor bahawa pengundi yang menyokong Barisan Nasional (BN) adalah golongan jahiliyah kerana mereka menolak Pas, parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Berikutan kenyataan itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Nik Abdul Aziz hanya berjuang untuk memenangi pilihan raya dan bukannya berjuang untuk Islam.

Dipetik daripada : Bernama

No comments:

Post a Comment