Tuesday, June 07, 2011

Dasar Islam, Sekutu DAP: Macam Mana Tu, Tak Faham?


Penulis betul-betul keliru dengan ucapan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa semalam yang antara lain menyatakan bahawa PAS sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip asalnya berteraskan al-Quran dan hadis walaupun menjadi sekutu kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.


Apa maksudnya itu? Tak fahamlah.


Macam mana Nasha kata kekal prinsip asal tapi masih bersekutu dengan DAP tu? DAP tidak memperjuangankan seinci kelebihan kepada mana-mana kaum, ikut kata depa semua rakyat pun mesti mau sama. Tiada kaum yang lebih dari kaum lain, tiada juga agama yang lebih dari agama lain, semua mesti sama, equal.


Dan PAS (melalui Nasha) bercakap tentang meletakkan Islam di atas, syariat di atas, al-Quran dan sunnah di atas pulak. Apa kata DAP?


Tahun 1999 dulu bolehla, masa itu orang cina tolak DAP sebab depa nampak DAP dikawal oleh PAS tapi segalanya berubah sekarang, orang cina tidak malu mengundi PAS sebab mereka tahu DAP mengawal PAS. Itu menjadikan PAS tidak mampu menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat seterusnya melaksanakan semua apa yang dicakap oleh Nasha seperti diatas malah bolehlah dianggap sebagai mimpi sahaja.


Apa sekali pun cakap Nasha ini sebenarnya tiada merit sebab yang menentukan hala tuju parti ialah Mursyidul Am. Mursyidul Amlah sebenarnya nakhoda kapal PAS, tiada apa yang lain waima Presiden, apatah lagi Timbalan Presiden.


Nik Aziz sudah liberal dalam banyak hal seperti dalam pelbagai isu berkaitan kafir masuk masjid tanpa diketahui kesuciannya, arak yang dibenarkan dijual di kawasan orang Islam di Shah Alam (dulu tak boleh), kilang arak yang tidak ditutup sebagaimana yang diwar-warkan dulu malah nak diperbesarkan pulak lagi dan macam-macam apa yang lain.


Mungkin Nasha lupa, semua ahli PAS percaya bahawa bila PAS bercakap tentang meletakkan syariat Islam di atas dan menjadikan al-Quran sebagai rujukan, itu bermaksud melaksanakan hudud – hukum Islam yang menurut fahaman PAS tidak boleh tidak perlu dilaksanakan.


Jika bukan hudud, apal lagi? Sebab dalam hal syariat Islam, hanya hudud saja yang belum dilaksanakan kerajaan BN sekarang, itu pun tidak membawa kepada apa-apa pelanggaran kepada syariat Islam atas sebab yang sungguh kukuh – tidak mampu berlaku adil kepada semua.


Satu lagi, apa jadi dengan konsep ‘PAS For All” yang tidak terbatas kepada Islam semata-mata? Islam tu memang untuk semua tapi PAS bukan untuk semua pun, PAS hanya untuk ulamak saja, lain dari ulama tidak boleh mendudukki kerusi timbalan dan presiden PAS, apatah lagi dilantik Mursyid Am.


Banyak konfius sebenarnya ni tapi kalau betul-betul faham cara politik PAS, ini bukan susah nak tangkap. PAS hanya main lagu Islam bila rasa dirinya semakin ditolak rakyat. Sebab majoriti pengikut PAS adalah terdiri dari golongan manusia taksub yang kurang akal.


Kebetulan atau apa, memang tahap kepercayaan rakyat terutama orang melayu kepada PAS lama semakin kecik.



Dipetik daripada : mykmu.net

No comments:

Post a Comment