Wednesday, July 09, 2014

Cina Gelarnya 'Tokong Siam', Melayu Gelarnya Penipu Yang Pandai Berlakon

9 Julai 2014

guan eng1
Figur politik yang paling menarik dari segi pembohongan, tipu perdaya, berlakon baik dan sentiasa mendabik dada kononnya dia terbaik di negara ini sebagai orang politik, selain Anwar Ibrahim adalah Lim Guan Eng. Lakonannya yang mantap sebagai seorang ketua pemimpin negeri, sentiasa menyembunyikan hakikat sebenar yang berlaku.


Sebaliknya dengan lakonan itulah, dia mendapat pujian dan sanjungan daripada mereka yang telah dibutakan mata, dihijab hati dan ditulikan telinga.
Kesemua penyokong Lim Guan Eng adalah penyokong DAP walaupun sebahagian daripada penyokong DAP terutama di Melaka, Pulau Pinang, Selangor dan Johor sentiasa mengatur rencana untuk menggulingkannya.

Semasa tahun pertama sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan bantuan jentera propaganda dan publisitinya telah mempromosikan kejayaan demi kejayaannya menjadikan Pulau Pinang lebih baik berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Lim Guan Eng kononnya telah menukarkan Pulau Pinang menjadi sebuah negeri yang hidup tanpa bantuan daripada Kerajaan Pusat dengan kemasukan FDI yang sangat besar. Lim Guan Eng juga mempromosikan kebaikan hatinya dan dekatnya dia dengan umat Islam menerusi bantuan demi bantuan termasuklah kepada penghafaz al Quran yang kemudiannya dijadikan sebagai bahan oleh para penyokong DAP untuk memomok-momokkan Barisan Nasional.

Namun, menjelang tahun kedua, segala pembohongan dan lakonannya tidak dapat menyembunyikan kebenaran. Laporan Ketua Audit Negara tentang prestasi dan kemajuan di Pulau Pinang, tidak dapat menyembunyikan bagaimana Lim Guan Eng menggunakan kepintaran Simpan Kira dan Prinsip Perakaunan untuk menukar kerugian supaya kelihatan seperti keuntungan.
guan eng


Banyak pendedahan tentang pembohongan Lim Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang telah dibuat, termasuklah kegilaan Lim Guan Eng dan DAP untuk menghapuskan apa-apa sahaja yang mempunyai kesan dan jejak Melayu-Islam di negeri tersebut. 

Kemelut tanah wakaf sehingga pernah dibawa ke mahkamah semata-mata untuk melayan nafsu Lim Guan Eng yang mahukan tanah-tanah wakaf tersebut menjadi tanah Kerajaan Negeri dan seterusnya dijual kepada pemaju-pemaju hartanah yang membangunkan hartanah bukan untuk orang Melayu dan bukan juga untuk orang tempatan.

Penggal kedua menyaksikan Lim Guan Eng dan DAP begitu tertekan meskipun mereka mengekalkan kemenangan besar di Pulau Pinang. Masalah kepimpinan yang melibatkan pendaftaran DAP, masih lagi menjadi bahan bualan di kalangan ahli-ahli bawahan DAP. Kebanyakan mereka melihat, Lim Guan Eng dan bapaya sengaja mencari jalan untuk menyah-daftarkan DAP sebagai sebuah parti siasah dan kemudian mewujudkan sebuah parti baru, mirip DAP tetapi lebih berpusat kepada seluruh keluarga Lim seperti yang berlaku kepada PKR yang dikuasai oleh Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang yang menyedari keresahan serta tentangan dari dalam parti terhadap pentadbirannya, terpaksa mencari jalan untuk mengalihkan perhatian. Cubaannya dengan menggunakan kalimah ALLAH dan BIBLE berbahasa Melayu, tidak memberikan imej yang baik kepadanya, bahkan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang serta DAP dilihat sebagai pencetus masalah kepada rakyat negara ini.

DAP menjadi dalang kepada pembantahan terhadap Lynas dan RAPID Pengerang, tetapi pada masa yang sama, cubaan Lim Guan Eng memburuk-burukkan negara di Hong Kong dan cubaan menghalang kemasukan pelabur Taiwan ke negara ini, khususnya Pengerang, sekali lagi memperlihatkan niat jahat DAP dan Lim Guan Eng.

Dek kerana itulah, sebelum lebih banyak pembohongan Lim Guan Eng didedahkan oleh media, dia cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada sesuatu yang lebih dekat dengan hati rakyat, terutama sekali orang Melayu dan Cina.
guan eng2
Jikalau di Sabah dan Sarawak, DAP menjadi dalang kepada cubaan mengeluarkan kedua-dua negeri dari Malaysia menerusi kerjasama dengan NGO-NGO tertentu, selain cuba menimbulkan ketegangan kaum dan agama menerusi kempen anti-Christ dan memartabatkan Katholik, isu 13 Mei 1969 merupakan sesuatu yang Lim Guan Eng perlu sentuh agar rakyat Malaysia boleh terus sibuk daripada melihat keburukan dan kelemahan DAP di Pulau Pinang.


Sampai bilakah Lim Guan Eng boleh terus bertahan dengan lakonan dan pembohongannya selama ini? 

Sampai bila Lim Guan Eng akan terus mencetuskan masalah dan tidak menyelesaikan masalah yang dia sendiri ciptakan?

Berdasarkan kepada keadaan di Pulau Pinang, rasa-rasanya sampai bila-bila!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment