Monday, July 14, 2014

Demi Bebaskan Penjenayah, DAP Akan Lakukan Apa-Apa Sahaja

15 Julai 2014

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy terus mencipta permusuhan dan cuba mewujudkan kebencian di kalangan masyarakat India kepada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang seperti polis.

P.Ramasamy sudah berulang-ulang kali menyatakan bahawa PDRM perlu dibubarkan kerana PDRM mewakili orang Melayu-Bumiputera yang membela kerajaan sedia ada yang dikuasai oleh UMNO-BN.

Setiap kali melibatkan penjenayah berbangsa India, setiap kali itulah P.Ramasamy akan berlagak seolah-olah dia adalah PADAYAPPA. Bersama-sama beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, termasuklah N.Surendran dan Latifah Koya dari PKR, P.Ramasamy meletakkan sepenuh kesalahan kepada PDRM kerana menangkap suspek-suspek jenayah berbangsa India.

Dan yang lebih menarik lagi ialah apabila, P.Ramasamy pernah mendesak agar Ketua Polis Negara meletak jawatan kerana menangkap 7 orang lelaki India dari Sri Lanka yang disyaki militan Tamil Eelam dengan salah seorang daripada mereka adalah pakar bom.

Beberapa hari selepas penangkapan berkenaan, P.Ramasamy muncul dengan mencabar Muhyiddin Yassin agar mencetuskan semula 13 Mei kerana ‘dia tidak takut’.

Kini, P.Ramasamy cuba menggambarkan bahawa dia membela masyarakat India daripada polis dengan mewujudkan sebuah jawatankuasa untuk memantau dan mendedahkan tentang kematian tahanan di dalam lokap polis.

Jawatankuasa yang diketuainya sendiri itu turut dianggotai oleh Dr. Afif Bahardin yang juga merupakan penjilat paling tegar Anwar Ibrahim dan Jagdeep Singh Deo yang merupakan anak Karpal Singh yang sedang mencari nama dalam bidang guaman dengan kes-kes berprofail tinggi.

Konon-kononnya jawatankuasa peringkat negeri Pulau Pinang tersebut sangat mengambil berat tentang apa yang berlaku dalam lokap polis. Namun pada masa yang sama, orang-orang seperti P.Ramasamy, Dr. Afif Bahardin mahupun Jagdeep Singh Deo langsung tidak bersuara atau menyatakan pembelaan terhadap anggota-anggota polis yang terkorban bagi membolehkan orang seperti mereka terus berpolitik dan hidup bebas sehingga ke tahap mencipta kekacauan.

Seringkali juga kita akan mendengar bahawa anggota-anggota polis sudah digaji untuk melakukan kerja-kerja bahaya itu. Justeru, para peguam dan rasis tegar seperti P.Ramasamy tidak terhutang budi sedikit pun kepada institusi kepolisian. Sebaliknya yang perlu diambil berat adalah orang awam agar terlindung daripada keganasan polis.

Agak menarik ialah apabila definisi ‘orang awam’ diberikan kepada para penjenayah. Sedangkan para penjenayah yang seringkali berselindung di belakang kelincahan dan kelicikan lidah peguam seperti Jagdeep Singh Deo dan mendiang bapanya, Karpal Singh tidak pernah memberikan sebarang kebaikan kepada negara ini. Bahkan rakyat pula yang terpaksa menanggung segala apabila mereka mula ditahan di lokap, dibicarakan dan akhir sekali dihukum.

Walau bagaimanapun, apabila membabitkan nama-nama seperti P.Ramasamy, yang dibela cumalah penjenayah-penjenayah berbangsa India semata-mata. P.Ramasamy cuba memberikan gambaran bahawa orang India di Malaysia telah diperlekehkan dengan label atau status penjenayah. Disebabkan itulah, P.Ramasamy cuba memberikan tekanan kepada PDRM agar tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penjenayah-penjenayah berbangsa India. Biarkan mereka berbuat apa-apa sahaja, dan jangan sesekali menahan atau menembak mati mereka selepas mereka menyerang pihak polis.

Itu sebenarnya yang dimahukan oleh P.Ramasamy!

Tidak ada negara yang terkecuali daripada kematian di dalam tahanan memandangkan kaum penjenayah mendapat kecederaan sebelum ditangkap dan ditahan oleh polis lagi. Bahkan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat yang dipuja-puji oleh DAP juga mencatatkan kadar kematian dalam lokap tahanan yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia.

Melainkan sebenarnya P.Ramasamy cuba berlagak sebagai PADAYAPPA dan mahu terus menghasut orang India agar memulakan pergaduhan dan pertumpahan darah dengan orang Melayu dan pihak berkuasa di negara ini, seharusnya manusia seperti P.Ramasamy tidak perlu wujud di negara ini walau atas alasan apa sekalipun.

Apatah lagi dia sememangnya mempunyai pertalian dengan Tamil Eelam!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment